Home » All Post, Headlines

UMNO itu pertubuhan haram, maka tidak sah memimpin negara – Aspan Alias

Submitted by on February 18, 2013 – 1:35 PMOne Comment
umno haram

UMNO sedang sibuk untuk meminta ROS (Pendaftar Pertubuhan) untuk melakukan siasatan ke atas isu pemilihan CEC parti DAP di Pulau Pinang Januari lalu. Hishamuddin Hussein, baru sahaja menghjadapi malu kerana meminta ROS mengambil tindakan terhadap DAP kerana gagal menghantar lapuran persidangan tahunan DAP dalam jangka masa yang telah di tentukan. Ketua Pengarah ROS juga berkata dengan nada yang sama.

Tetapi akhirnya telah jelas yang isu itu merupakan isu yang tidak wujud kerana lapuran yang di perlukan itu sesungguhnya telah di hantar oleh DAP pada 8hb Februari yang lepas. ROS telah memohon maaf kepada DAP kerana kesilapan itu. Hishamuddin berkata di Johor dua hari yang lepas mengakui yang lapuran yang di hantar oleh DAP pada 8hb Februari itu tidak sampai ke pengatuannya. Ketua Pengarah ROS juga mengakui keslahan tidak mengetahui yang DAP sudah pun menghantar lapuran itu ke pejabat ROS dalam tempoh yang di benarkan.

Hishamuddin terus berkata apabila lapuran itu sudah dihantar sekarang sampailah masanya ROS menyiasat tentang tuduhan yang DAP telah melaksanakan pemilihan secara tidak betul dan berlaku penipuan dalam proses pemilihan CEC itu. Oleh kerana pilihanraya sudah hampir dan ternyata DAP telah mendapatkan sokongan dan meningkatkan pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum. Maka parti ini sedang menghadapi tekanan yang berbagai-bagai dari pihak kerajaan, dan kali ini menggunakan isu yang kononnya ada penipuan dalam pemilihan CEC bulan Januari yang lepas.

ASesungguhnya ROS bebas untuk melakukan siasatan itu kerana sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap isu ini, tidak siapa pun boleh menghalang ROS melakukan penyiasatan berdasarkan kepada lapuran yang di buat oleh beberapa orang ahli DAP sendiri itu. Kita faham pihak kerajaan dan Kemeneterian yang bertanggungjawab sedang berusaha melakukan apa sahaja untuk memberikan tekanan terhadap DAP yang kian hari kian berpengaruh termasuk dikalangan orang Melayu sendiri.

Tetapi saya tidak mahu menyentuh tentang penyiasatan itu, tetapi saya hanya hendak memberikan pandangan yang sebenarnya yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri. ROS mesti melakukan siasatan terhadap UMNO yang mempunyai hampir 20,000 cawangan itu.

Kita semua tahu UMNO sudah tidak wujud secara moralnya di cawangan-cawangan di seluruh negara. Tidak banyak cawangan yang bergiat dan UMNO sesungguhnya sedang menghadapi ‘brain death’ di bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh negara. UMNO merupakan parti yang melakukan penipuan dihampir kesemua bahagian di seluruh negara termasuk di bahagian Pekan, tempat Najib menyandarkan harapan dan masa depan beliau.

Boleh dikatakan hampir 50 peratus dari cawangan-cawangan di seluruh negara bermesyuarat agong cawangan mereka tidak mencukupi korum mesyuarat. Ahli-ahli yang terdaftar dengan parti itu sendiri tidak berminat untuk menyertai kegiatan parti itu termasuk untuk hadir dalam mensyuarat agong cawangan mereka sendiri. Tetapi tidak ada pun cawangan yang dimatikan atau digantung oleh ROS.

Kebanyakkan ketua-ketua cawangan telah membuat laporan palsu dan jumlah cawangan yang melakukannya adalah dalam jumlah ribuan. Banyak minit-minit mesyuarat cawangan-cawangan UMNO di palsukan kerana cawangan-cawangan itu gagal mendapatkan korum yang secukupnya bagi mesyuarat agong cawangan mereka. Cawangan-cawangan ini akan menghantar perwakilan ke persidangan tahunan bahagian dan ini secara otomatik akan menjadikan persidangan perwakilan bahagian itu terbatal kerana kehadiran perwakilan dari cawangan-cawangan yang haram di seluruh negara.

Maka dengan sendirinya semua perhimpunan agong UMNO di Kuala Lumpur setiap tahun itu adalah persidangan-persidangan yang haram dari segi undang-undang pertubuhan negara. Jika benar ROS betul-betul bertanggungjawab terhadap tugas dan fungsi jabatan itu, maka UMNO perlu di siasat dan saya boleh memberikan jaminan yang penyiasatan itu akan lengkap dalam masa sehari dua sahaja kerana perkara ini berlaku di dalam ribuan cawangan-cawangan parti itu.

UMNO baru ini telah memasukkan klausa dalam perlembagaan parti itu di mana tidak boleh sesiapa pun dibenarkan membawa parti itu ke mahkamah oleh ahli-ahli yang tidak berpuas hati. Kandungan Bab ini adalah di sebabkan UMNO tidak berkeyakinan yang mereka mampu melunaskan syarat dan peruntukan dalam bab atur-peraturan parti itu dan pimpinan UMNO tertinggi takut parti itu akan mengahadapi kes-kes mahkamah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya yang bertimbun-timbun.

Itu bezanya di antara DAP dengan UMNO. Ahli-ahli DAP boleh membawa kes ketidak puasan hati ahli-ahlinya kemuka pengadilan sedangkan ahli-ahli UMNO tertekan kerana tidak dibenarkan oleh perlembagaan mereka untuk membawa partinya ke mahkamah.

Sesungguhnya tanpa melakukan apa-apa penyiasatan pun kita tahu UMNO yang baru ini adalah sebuah parti yang haram dari sudut undang-undang pertubuhan. Parti itu parti yang menekan terhadap ahli-ahlinya. Sesiapa yang membawa kes parti mereka ke Mahkamah akan dipecat dan tidak ada tempat untuk merujuk untuk penyelesaian masalah mereka. Itulah sebabnya UMNO sudah mati sebenarnya kalau kita lihat dari segi undang-undang dan etika serta moral nya.

Cawangan-cawangan yang merupakan tempat kuasa di perolehi itu tidak berfungsi lagi. Sesungguhnya UMNO sudah tiada lagi kerana UMNO tidak dapat dikawal lagi oleh mana-mana badan dan Jabatan Penguat kuasa Pertubuhan.

Saya ulangi, UMNO itu adalah parti yang haram yang sedang berkuasa dan tentulah kerajaan yang sedang dipimpin oleh UMNO itu bukanlah kerajaan yang ‘legitimate’ lagi. ROS boleh lakukan apa sahaja terhadap DAP dan belum tentu lagi ada penyelewengan dalam pemilihan parti itu.

Tetapi yang pastinya UMNO adalah haram dari segi pertubuhannya kerana di setiap peringkat khususnya di banyak cawangan-cawangan nya, minit mesyuarat mereka adalah minit mesyuarat yang palsu. Justeru, semua pemegang jawatan dalam UMNO di setiap peringkat sekarang ini sepatutnya di batalkan oleh ROS serta merta. Saya tidak berapa berani untuk melabelkan UMNO itu sebagai pertubuhan haram, tetapi keadaan macam itu lah lebih kurang.

Oleh itu elok ROS mengarahkan UMNO mengadakan mesyuarat agong cawangan-cawangan, persidangan perwakilan bahagian-bahagia serta perhimpunan agong sekali lagi untuk memberikan ‘legitimacy’ kepada Najib sebagai Presiden dan semua ahli yang menganggotai Majlis Tertinggi itu.

Buat masa sekarang mereka sedang memegang jawatan-jawatan itu secara haram dari segi undang-undang pertubuhan. Selesaikan masalah UMNO dahulu sebelum menyelesaikan tuduhan terhadap DAP itu.

Itulah sebabnya rakyat mahukan perubahan dari sebuah kerajaan yang ‘tidak legitimate’ kepada sebuah kerajaan yang ‘legitimate’. Kita lakukan dalam pilihanraya ini nanti. Jangan undi parti yang tidak sah.

One Comment »

  • tapa says:

    apa kau tau tentang umno. Umnolh yg memperjuangkn nasib agama,bangsa dn negara dari dulu hingga sekarang. Lain kali tinjau semasa mesyuarat cawangan. Klu corum tak cukup mesyuarat akan ditangguh. Bangang

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.