Home » All Post, Headlines

Bersih 3.0: Keputusan batal tuduhan ke atas Azmin, Chegu Bard 19 April – KeadilanDaily

Submitted by on March 20, 2013 – 3:54 PMNo Comment

BERSIH13

KUALA LUMPUR 20 MAC: Keputusan pembatalan pertuduhan ke atas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berhubung penyertaan mereka di Himpunan Bersih 3.0 akan didengar pada 19 April.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Kamardin Hisham menetapkan keputusan itu dalam kamarnya hari ini selepas mendengar hujahan peguam pendakwa dan peguam bela.

Azmin dan Badrul Hisham atau dikenali Chegu Bard diwakili peguam Datuk Yusof Zainal Abidin, Sankara Nair dan Praba Karan.

Kedua-dua mereka dituduh melakukan kesalahan itu pada 22 Mei tahun lalu bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong Bersih 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, mengingkari perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April 2012.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut R Tangam, K Rajesh dan Farhan Ibrahim membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.

Sementara itu, Sankara ketika ditemui media memberitahu, prosiding hari ini untuk mendengar hujahan peguam defendan bagi membatalkan pertuduhan ke atas Azmin dan Chegu Bard.

“Hari ini pendengaran hujahan bagi membatalkan tuduhan Azmin dan Chegu Bard.

“Dalam hujahan, kita menyebut bahawa pegawai polis dari Balai Polis Dang Wangi memohon dengan Majistret untuk menghalang perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka tidak dibuat secara tepat berdasarkan undang-undang,” katanya di perkarangan mahkamah di sini.

Azmin yang turut sama mendengar prosiding hari ini menyifatkan pertuduhan ke atasnya berniat jahat kerana dibuat secara tidak tepat.

“Peguam telah berhujah, ada unsur mala fide (berniat jahat) dalam permohonan tersebut dan minta Mahkamah Tinggi meneliti supaya perintah larangan yang dikeluarkan Majistret adalah tidak sah. Jika tidak sah, maka pertuduhan ke atas saya juga tidak sah,” katanya. – NS

Edytorial: Doakan kes BERSIH 3 ini digugurkan, salah satu sebabnya ialah kawasan ‘phobited’ bagi Dataran Merdeka adalah lebih kurang 300 meter dari tempat kejadian. Rakyat punya hak untuk berhimpun secara aman…

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.