Home » All Post, Headlines

Chegubard: Enggan siasat SD2 Bala, polis tutup sebelah mata – KeadilanDaily

Submitted by on March 23, 2013 – 6:58 PMNo Comment

igp-crime

(Oleh: Aliff Fikri)
KUALA LUMPUR 23 Mac: Polis cuba menutup sebelah mata apabila enggan membuka siasatan terhadap akuan bersumpah (SD) palsu yang dipaksakan ke atas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, polis juga enggan menyiasat pendedahan peguam Americk Singh Sidhu, meskipun jelas menunjukkan penglibatan perdana menteri dalam kes itu.

Americk dalam mesyuarat tahunan Majlis Peguam baru-baru ini mendedahkan pengakuan peguam, Cecil Abraham bahawa SD kedua itu direka olehnya atas arahan Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, kata Chegu Bard, beliau hairan dengan jawapan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengatakan siasatan terhadap SD2 itu hanya akan dibuat jika ada bukti baru.

“Macam mana Ismail Omar mengatakan tidak ada bukti baru? Sedangkan apa yang didedahkan Americk Sidhu itu lah bukti barunya.

“Polis  tidak boleh menutup sebelah mata dalam kes yang amat serius ini. Siasatan wajib dibuka semula dan pendakwaan mesti dilakukan,” katanya.

Balasubramaniam pada 2008 membuat akuan bersumpah mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan Altantuya termasuk pernah mengadakan hubungan seks sebelum menafikannya dalam akuan bersumpah kedua.

Menurut Chegubard, banyak pendedahan dibuat termasuk pembabitan adik Najib, Datuk Seri Nazim Razak bagi memaksa Bala menarik balik SD pertamanya.

“Adik Najib, Nazim Razak yang didedahkan oleh P.I Bala bertanggungjawab mengugut dan mengarahkan beliau menukar akuan bersumpah sehingga hari ini tidak ada siasatan. Nazim sendiri pun tidak pernah jawap, apatah lagi Najib.

“Bekas pembantu khas beliau, Nasir Safar sebagai bukti ada ditempat kejadian semasa Altantuya diculik untuk dibunuh. Bukti ini juga tidak ada siasatan menyeluruh,” katanya.

Tambahnya, kes melibatkan Najib, merangkumi skandal pembunuhan Altantuya dan pembelian Scorpene itu tidak akan terbongkar selagi Umno BN berkuasa. -RM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.