Home » All Post, Headlines, Sabah, SAMM

Cubaan Kait Anwar Ibrahim Akhirnya Nama Najib Sendiri Terpalit Memberi Janji Kepada Sulu

Submitted by on March 4, 2013 – 10:17 AMOne Comment

misuari tell najib

Kenyataan Umum
4 Mac 2013

Cubaan Kait Anwar Ibrahim Akhirnya Nama Najib Sendiri Terpalit Memberi Janji Kepada Sulu

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa agar rakyat tidak terkeliru dengan permainan jahat media arus yang menggunakan segala macam helah untuk merosak pemikiran khususnya berkaitan insiden di timur Sabah.

Baru-baru ini telah dilaporkan oleh akhbar utusan (online) kononnya DS Anwar Ibrahim menjadi dalang pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu. Tuduhan tersebut hanya berasaskan pendedahan risikan dari perisikan tentera yang mengesahkan terdapat pertemuan antara DS Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

SAMM menyelar kenyataan dangkal yang diterbit oleh akhbar milik Umno itu dengan memperingatkan beberapa perkara;

1. Bukan hanya DS Anwar Ibrahim yang pernah bertemu dengan Nur Misuari, tetapi pemimpin MNLF itu pernah juga ditemui oleh pembesar negara termasuk Najib dan Paklah.

2. MNLF menuntut kemerdekaan untuk membentuk sebuah negara Bangsamoro di selatan Filipina atau lebih tepat Mindanou, tiada kena mengena dalam tuntutan negeri Sabah oleh kesultanan Sulu.

3. Antara asasnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Juga tiada kena mengena dengan MNLF, Nur Misuari dan juga Mindanou.

4. Malaysia juga ketandusan pemimpin berani sejak dipimpin Umno hingga tidak mampu menyelesaikan isu tuntutan Sulu ini secara tuntas dan Malaysia masih membayar USD5000 setahun kepada kesultanan Sulu menurut perjanjian British. Ia juga bukan soal MNLF.

Maka dinasihatkan kepada media sebelum membuat sebarang pertuduhan dalam isu pencerobohon Lahad Datu, harus lebih mengkaji sejarah dan mempelajari sudut geografi terlebih dahulu agar tidak kalah saman ‘lagi’.

Media arus perdana khususnya TV3 harus lebih peka dengan apa yang telah berlaku di Sabah, seharusnya memberi penerangan terperinci mengenai sejarah sebenar Sabah menyertai Gugusan Malaysia. Namun TV3 telah menggunakan masa dan ruang penting hanya untuk memburukkan Pakatan Rakyat. SAMM juga mencabar TV3 agar memberi ruang kepada DS Anwar Ibrahim dan YB Tian Chua untuk menjelaskan apa yang dituduh.

Ketika media arus perdana dan pimpinan Umno menuding jari kepada Anwar, tidak disedari oleh rakyat Malaysia bahawa telah dilaporkan oleh media Filipina bertarikh 21 Februari 2013 bertajuk “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, pencerobohan sekumpulan tentera Sulu ke Lahad Datu berpunca daripada janji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi penempatan kepada waris kesultanan Sulu di Sabah. Kenyataan Nur Misuari ini dilaporkan seminggu sebelum pertumpahan darah berlaku. SAMM minta Najib dan Kerajaan Malaysia jawab segera kenyataan Nur Misuari untuk membersihkan nama Perdana Menteri Malaysia.

SAMM juga minta Najib Razak supaya berhenti tunggang kesedihan kehilangan anggota keselamatan negara demi kepentingan politik domestik. SAMM yakin dan percaya demi keselamatan negara, Pakatan Rakyat sanggup untuk duduk semeja bagi bersama mencari jalan menyelesaikan isu ini segera.

Namun apa yang berlaku ketika perajurit negara berjuang hingga ada nyawa yang terkorban, Perdana Menteri sibuk berkarnival di Perlis dan guna pentas sama menghentam Pakatan Rakyat.

Akhir sekali, SAMM menyokong penuh cadangan PAS supaya persidangan khas Parlimen dan pembentangan kertas putih diadakan segera.

Sekian,

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
email: [email protected]

One Comment »

  • Conscience says:

    Regime korup ini sudah tidak dpt diselamatkan lagi. Mereka cuma berkepakaran di dalam tiga bidang – rasuah, penyalahgunaan kuasa dan menyebarkan pembohongan. Setiap kali krisis berlaku bermulalah ‘blame game’ dan selepas itu semuanya disapu ke bawah karpet. Begitulah tidak bertanggungjawabnya hantu-hantu ini. Ketika negara menghadapi ancaman anasir-anasir luaran yg mencabar kedaulatan negara dan keselamatan rakyat, mereka masih lagi mempamerkan sikap paling jijik dan terkutuk. Jika tidak diusir dari Putrajaya pada PRU 13, negara dan bangsa pasti akan dimusnahkan oleh hantu-hantu ini.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.