Home » All Post, Headlines

Ekspidisi Mega “Smoke Operation” SAMM 8-11 Mac Serbu 30 lokasi Seluruh Tanahair

Submitted by on March 17, 2013 – 2:47 PMNo Comment

Kenyataan Umum

13 Mac 2013


Ekspidisi Mega “Smoke Operation” SAMM 8-11 Mac Serbu 30 lokasi Seluruh Tanahair

Pengenalan

SAMM dengan kerjasama ABU dan beberapa organisasi lain telah dan sedang menghasilkan perbagai bahan edaran. Sistem edaran yang SAMM inisiatifkan ini terus ke pintu rumah dan tempat strategik. Semua risalah dan bahan yang dihantar tidak berimej parti politik tetapi punya masej jelas dan tajam. Ia sesuai untuk sasaran seperti Umno tegar dan seumpamanya. Operasi ini dinamakan ‘Smoke Operation’.

Setakat ini, Smoke Operation telah melalui dua fasa utama. Fasa pertama bermula pada 6 Februari dan berterusan di seluruh negara dan di kebanyakkan negeri telah berjaya mengedar semua risalah mengikut keperluan dan sasaran. Fasa kedua adalah berbentuk ekspidisi yang mengambil masa 4 hari untuk habis pusing seluruh tanahair (detail di bawah).

Sejak Roadshow #AmaranPRU dilancarkan, SAMM di peringkat negeri seluruh negara telah menggerakkan semua aktivis perbagai peringkat untuk melakukan aksi ini. Ia sememangnya kerja meletihkan tetapi berbaloi kerana sasaran yang tepat dan sesuai bagi menjaga ‘sumber’ yang terhad.

Modus Operandi

Dalam aksi ‘Smoke Operation’, SAMM memberi penumpuan kepada parlimen sasaran berdasarkan kekuatan SAMM sendiri. SAMM juga telah menetapkan sebanyak 23 parlimen di seluruh negara yang menjadi sasaran utama SAMM. Setiap ‘base’ parlimen sasaran telah pun menerima bekalan masing-masing sepanjang Roadshow#AmaranPRU berlangsung dari 1 Februari hingga 24 Februari 2013.

Kepelbagaian jenis risalah yang diedar oleh SAMM mempunyai matlamat dan objektif mengikut penempatan. Ada risalah yang berbahasa cina, ada yang dikhaskan untuk penyokong tegar Umno, ada risalah yang khas untuk kawasan perkampungan melayu, ada juga yang khas untuk anggota keselamatan negara. Malah ada risalah yang pelbagai bahasa khas untuk warga asing. Masing-masing punya sasaran tersendiri dan objektif mengikut strategi demi menyampaikan maklumat mengikut latar belakang dan sosio-politik.

 

Ekpidisi Mega “Smoke Operation”

 

Satu pasukan SAMM telah terbang ke Sabah diketuai oleh Chegubard untuk lawatan kerja selama 3 hari menjadikan Lahad Datu sebagai agenda utama antaranya untuk serah nota penghargaan kepada perajurit di Perbatasan. Dalam ketika yang sama, sebuah lagi pasukan SAMM dikerahkan untuk jelajah pusing semenanjung Malaysia dalam satu ekspidisi “Smoke Operation”.

 

Ekspidisi 4 hari Mega “Smoke Operation” ini telah bermula pada 8 Mac dan berakhir 11 Mac 2013, mensasarkan 30 lokasi persinggahan dan memilih semua RnR di lebuhraya utama sebagai pusat agihan dan edaran. Operasi ini diketuai oleh saudara Yasir Sheikh Abdul Rahman yang merupakan Penyelaras SAMM Kebangsaan. 

 

Selama 4 hari, dengan jumlah bahan yang berjumlah 900 ribu risalah, aksi Jelajah SAMM ke seluruh tanahair akan diperkuat oleh 3 jentera lasak iaitu sebuah double cab Toyota Hilux, sebuah mini MPV Citra dan juga sebuah Proton FLX. Setiap kenderaan ini akan dikendalikan oleh dua komrad SAMM menjadikan seramai 6 penggerak yang akan bergilir memastikan bahan sampai ke destinasi yang dituju.

 

Dalam aksi jelajah 4 hari ke seluruh tanahair ini juga, SAMM telah menjadikan semua hentian rehat RnR di beberapa lebuhraya sebagai ‘check point’ untuk mengedarkan bahan terpilih dan setiap ‘check point’ juga telah disertai oleh komrad SAMM dari base berdekatan.

 

Beberapa lokasi selain RnR yang disinggah adalah termasuk Pasar Larkin dan beberapa kawasan tumpuan di Johor Bahru, Queensbay Mall di P.Pinang, Pasar Khadijah, Pusat Kraftangan dan Pulau Melaka (Rumah TG Nik Aziz) di Kota Bharu. Ekspidisi turut singgah di Pasar Payang, K.Terengganu yang baru-baru ini dipertahan oleh SAMM Terengganu. Turut singgah di beberapa lokasi strategik di Kuantan.

 

Sepanjang Ekspidisi, semua SAMM peringkat negeri memberikan kerjasama yang utuh. Berikut adalah rekod pergerakan Ekspidisi yang diberi nama #JelajahSmokeOpsRnR ;

 

8 MAC

R&R Air keroh (arah selatan)
R&R Pagoh (arah selatan)
R&R Machap (arah selatan)
R&R Kulai (arah selatan)
R&R Gelang Patah (s) (arah selatan)
R&R Gelang Patah (u) (arah selatan)

9 MAC

R&R Machap
R&R Pagoh (s)
R&R Air Keroh (s)
R&R Jejantas Air keroh
R&R Pedas Linggi
R&R Seremban
R&R Dengkil
R&R USJ Elite
R&R Jejantas Sg.Buloh
R&R Rawang (u)
R&R Tapah
R&R Simpang Pulai
R&R Sg.Perak
R&R Bkt.Gantang
R&R Gunung Semanggol

10 MAC

R&R Gurun (Arah Utara)
R&R Gurun (arah selatan)

R&R Puncak Titiwangsa

R&R Tasik Banding

 

11 MAC

KB Mall, Kota Bharu

Pasar Siti Khatijah

Pulau Melaka (Rumah MB)

Kuala Terengganu

Chukai, Kemaman

Kuantan

R&R Gambang

R&R Temerloh

 


Disertakan kepilan gambar sepanjang ekspidisi.

 

Sekian,

 

Isamuddin Sanusi

Pengelola Sekretariat SAMM

www.anakmudamalaysia.com

IMG-20130308-00456 IMG-20130308-00458 IMG-20130308-00460 IMG-20130310-00495 IMG-20130311-00498 IMG-20130311-WA008 Kuantan 1 Kuantan 2 Lintas Langsung SAMM di Indera Mahkota Kuantan 2

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.