Home » All Post, Headlines, Sabah, SAMM

Lawatan Kerja SAMM ke Sabah, Lahad Datu masuk dalam agenda

Submitted by on March 5, 2013 – 4:30 PMNo Comment

~ Yang kita lawan adalah isu politik domestik ke arah penambahbaikan pengurusan negara demi menyelamatkan masa depan anak cucu kita! Negara Malaysia tetap akan kita pertahankan & tindakan keselamatan yang menjurus kearah itu, kita akan beri sokongan sepenuhnya ~

lahad datu ditakluk

Kenyataan Umum
5 Mac 2013

Lawatan Kerja SAMM ke Sabah, Lahad Datu masuk dalam agenda

Sejak diwujudkan secara rasmi 15 Disember 2012 yang lalu, SAMM Sabah terus memacu melangkah menyusun massa muda ke arah perubahan. Sabah ‘tanah’ yang subur bagi menyususn anak muda anarkis radikal politik untuk mengasak perjuangan mendesak perubahan.

Justeru, pada 8 – 10 Mac ini SAMM Kebangsaan akan mengadakan lawatan kerja ke Sabah. 4 program umum dan 5 acara tertutup disusun sepanjang berada di sana.

Dalam jadual lawatan kerja tersebut, deligasi SAMM Kebangsaan akan bersama komrad SAMM Sabah yang diketuai oleh Boby Lewat akan turut melawat Lahad Datu untuk berjumpa aktivis muda di sana.

Kunjungan SAMM ke Lahad Datu juga bertujuan untuk berkunjung ke Bilik Operasi ‘Ops. Sulu’ untuk menghantar nota sokongan bagi prajurit negara yang bertungkus lumus dan menanggung risiko memastikan keselamatan dan kedaulatan negara. SAMM juga akan menyumbangkan bahan – bahan makanan ringan bagi anggota – anggota yang kebanyakannya bertugas 24jam.

SAMM juga akan berkunjung ke beberapa rumah penduduk sekitar untuk menghulurkan bantuan, Lahad Datu sememangnya kawasan di mana ramai yang terpinggir terutamanya selepas berlakunya pencerobohan Sulu. Pertemuan tertutup anak muda di sana juga akan diadakan khususnya bagi membincangkan peranan anak muda pasca tempoh krisis.

Selain Lahad Datu lawatan kerja tersebut juga meliputi kawasan Kota Kinabalu, Papar, Silam, Pantai Manis, Penampang dan kawasan sekitar.

SAMM mengalukan sesiapa yang ingin menyumbang dalam program kebajikan SAMM dalam siri lawatan kali ini.

Sekian dan terima kasih.

che’GuBard
Penyalaras SAMM Kebangsaan

Solidariti Anak Muda – 555041113224 (Maybank)
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.