Home » All Post, Gambar Pilihan

Mohon Najib Berdebat Dengan Anwar Lebih Bahaya Dari Melancar Perang Terhadap Agong

Submitted by on March 22, 2013 – 7:26 PM2 Comments

Mohon Najib Debat

Tiga aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Siswa yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Mohd Safwan Anang (bawah) di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan – yang menempatkan pejabat pengarah RTM.

Dua lagi yang ditahan adalah Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu Univrsiti Malaya (PBMUM) Abdul Muqit Muhammad dan aktivis siswa Muhammad Akram Ahmar.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Setiasusaha SMM Ahmad Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.

Dalam pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai kemudiaannya.

“Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.

“Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis,” katanya

Sumber Gambar: KingJason

2 Comments »

  • Aku anak muda says:

    Tindakan anda adalah bukan tindakan yang professional! Sebagai salah seorang mahasiswa, saya malu melihat pelakuan kalian. Jika hendak bertemu dengannorang yang berjawatan tinggi dlam mana organisasi tidak kira penjawat awam atau swasta mesti buat appointment dulu dik… Itu cara orang berpelajaran dan professional. Jangan main rempuh je!!! Nanti orang lihat anda seperti Anjing yang menyalak bukit!!! Apa pun tak dapat… Buat susah diri sendiri je… Lagi satu dik… Bangunan kerajaan dilindungi oleh Akta kawasan-Kawasan Larangan 1959. Sesiapa yang menceroboh kawasan tersebut tanpa kebenaran yang sah boleh didakwa dibawah akta tersebut!!! Kan dah dapat satu lg bala!!! Nah skg salah sapa? Fikirlah sendiri… Kata mahasiswa!!!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.