Home » All Post, Headlines

Pakatan desak kerajaan dedah rundingan Umno dengan Sultan Sulu – KeadilanDaily

Submitted by on March 19, 2013 – 9:50 PMNo Comment

PC-300x179

(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 19 MAC: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan dedahkan butiran rundingan dengan Sultan Sulu daripada menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sebagai kepentingan politik domestik Umno BN.

“Ada rundingan dibuat antara pemimpin Umno BN dengan Sultan Sulu? Ini tak pernah dijelaskan. Nak bayar apa? Tanah siapa? Mereka (pimpinan Umno BN) tak dapat jawab.

“Ada Sultan Sulu yang mempunyai kad keahlian Umno. Ini tak pernah dijelaskan kepada rakyat. Apa kaitan mereka (dengan Umno)?” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Laporan portal berita dan media sosial facebook beberapa bulan kebelakangan ini memaparkan gambar pertemuan antara Agbimuddin Kiram dengan pemimpin Umno.

Antaranya bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir Mohamad, Aziz Shamsuddin, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Tegas Anwar, desakan Pakatan Rakyat bagi mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membahaskan isu keselamatan negara masih tidak dijawab kerajaan sehingga hari ini.

Merujuk kenyataan bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim, Anwar berkata, kelemahan kawalan di perairan negara sangat ketara sehingga penceroboh Lahad Datu bukan sahaja bolos masuk, malah berjaya melepaskan diri.

Tambah Anwar, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia tidak pernah bermusuh dengan penduduk Sabah berketurunan Sulu.

“Kita tak berperang dengan mereka. Yang kita lawan adalah pengganas,” kata Anwar.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan penubuhan Majlis Penasihat Keselamatan sekurang-kurangnya enam bekas jeneral untuk menasihat pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu keselamatan negara.

Turut hadir sidang media, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Presiden dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu serta Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. – SDQ

Edytorial: Susulan dari Mahkamah Rakyat, seharusnya tekanan terus diberikan kepada kerajaan Umno untuk menjawab segala pendedahan yang dilontar. Najib sebagai PM tidak sepatutnya diam membisu, jawab!

lagi berita berkaitan;

Bekas DO dakwa Mahathir lulus ‘Projek IC’ – Malaysiakini

Mahkamah Rakyat: ‘Dr M punca krisis Lahad Datu’ – FMT

[GALERI WAJIB TONTON] KLSCAH | MAHKAMAH RAKYAT | SIAPA PENGKHIANAT | 18 MAC | SAMM | APS

Hassnar: Kad Pengenalan Sabah ‘projek Mahathir’ – HarakahDaily

Bekas Ketua Daerah: Puluhan ribu IC biru diberi untuk orang Sulu – KeadilanDaily

[Gambar Pilihan] SAMM Pastikan Pengunjung Pesta Mahkamah Rakyat di KLSCAH Selamat Dari Ancaman ‘Pengganas’

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.