Home » All Post, Headlines

Perang Sebenar Bermula: 4 Letupan Bom Pecah Keheningan Pagi!

Submitted by on March 5, 2013 – 9:09 AMNo Comment

Peperangan di Sulu Bermula

SABAH 5 MAC: Sehari selepas Pakatan Rakyat mengesyor sidang meja bulat diadakan bagi membincangkan insiden pencerobohan Lahad Datu dan isu keselamatan negara, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengerah tentera Malaysia melakukan serangan.

Namun, serangan yang dilancarkan di Kampung Tanduo, Lahad Datu  jam 7 pagi tadi  hanya dibuat selepas kumpulan penceroboh bersenjata dari Sulu itu dibiar berada di negara ini selama dua minggu dan setelah lapan anggota keselamatan termasuk polis, terkorban.

Dilaporkan, beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan berkenaan.

Sejak jam 7 pagi, empat bunyi bom kedengaran dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian. – Keadilan Daily

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.