Home » All Post, Headlines, SAMM

PI Bala Terus Dapat Sambutan : Hampir 10 Ribu Hadirin Serbu Episod kedua #TanyaBala di Bachok

Submitted by on March 2, 2013 – 7:03 PMNo Comment

10 ribu di Bachok program PI Bala

Kenyataan Umum
2 Mac 2013

PI Bala Terus Dapat Sambutan : Hampir 10 Ribu Hadirin Serbu Episod kedua #TanyaBala di Bachok

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meneruskan episod kedua siri Talkshow #TanyaBala “Siapa Arah Bunuh Altantuya” dengan membawa PI Bala ke negeri pantai timur semenanjung, Kelantan.

Sesi soal jawab

Walaupun Talkshow PI Bala berlangsung di daerah Bachok, Kelantan, namun mereka yang hadir bukan sahaja dari sekitar pelusuk negeri Kelantan, malah kehadiran 10 ribu yang memenuhi padang di Kompleks Pendidikan Islam Kg Badak adalah termasuk pengunjung dari negeri jiran iaitu Terengganu. Jumlah kehadiran yang besar di Bachok ini menjadi bukti betapa isu pembunuhan wanita Monggolia yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan pembelian Scorpene, masih menjadi perhatian utama rakyat.

Lebih istimewa, program malam tadi menyaksikan pertemuan PI Bala dengan Tuan Guru Nik Aziz bagi mendapat restu dan pedoman untuk meneruskan niat murni beliau untuk melihat negara ini dibebaskan dari cengkaman Barisan Nasional dan seterusnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia. PI Bala percaya, beliau mampu memberi tekanan yang sangat besar kepada Najib dan Rosmah melalui pendedahan pelbagai peringkat yang dibuatnya.

TGNA

SAMM yakin dan percaya, sebahagian besar rakyat negara ini mengikuti perjalanan kes pembunuhan misteri Altantuya dan rasuah Scorpene secara serius. Kerana itu juga kehadiran PI Bala sangatlah dinantikan dan peluang untuk bersama PI Bala sambil menghirup ‘first hand information’ tidak boleh dilepaskan.

hampir 10k di bachok

Justeru itu, SAMM akan terus menjelajah ke seluruh negara membawa aksi demi aksi dengan pelbagai format Talkshow bersama PI Bala. Episod ketiga Talkshow #TanyaBala akan turun ke Johor pada tarikh 6hb Mac, Lokasi tepatnya ialah Parit Sulong, Batu Pahat akan dikendalikan oleh SAMM Johor dengan kerjasama warga tempatan. Manakala episod ke-4 pula SAMM akan membawa PI Bala terbang ke negeri Sabah pada tanggal 9hb Mac 2013.

SAMM dalam rangka menyusun fasa seterusnya untuk membawa PI Bala ke seluruh pelusuk negara dan juga meneruskan fasa kedua #AmaranPRU. SAMM juga mengalu-alukan sebarang sumbangan bantuan untuk program dan gerakan anak muda. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Solidariti Anak Muda 555041113224 (Maybank). Sebagai gerakan anak muda radikal yang menuntut perubahan dengan perlawanan dan kebijaksanaan, SAMM akan terus mara memastikan regim korup yang mengamalkan rasuah penyelewengan dan penindas rakyat akan ditumbangkan dalam PRU akan datang.

Akhir sekali, SAMM menggesa orang ramai dan semua pengamal media untuk membantu hebahan siri Talkshow #TanyaBala “Siapa Arah Bunuh Altantuya” episod Johor pada 6 Mac dan Sabah pada 9 Mac ini.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda.com

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.