Home » All Post, Headlines, Melaka

Program Khidmat Masyarakat SAMM Melaka Bersama Wanita Muda SAMM di Hospital Besar Melaka

Submitted by on March 12, 2013 – 12:20 PMNo Comment

2

Kenyataan Terbuka
11 Mac 2013

Program Khidmat Masyarakat SAMM Melaka Bersama Wanita Muda SAMM di Hospital Besar Melaka.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka terus bergerak dengan menganjurkan satu bentuk program kemasyarakatan yang menyantuni orang awam. Hampir setiap bulan program khidmat masyarakat dilaksanakan oleh SAMM Melaka.

Kali ini, Hospital Melaka telah dipilih untuk dianjurkan sebuah program khidmat masyarakat oleh SAMM Melaka dengan kerjasama Segmentasi Wanita Muda SAMM. Sejumlah 200 bungkus makanan berserta minuman percuma telah diagih kepada pesakit di Hospital Melaka secara percuma. SAMM melayani setiap pesakit dengan harapan kesakitan yang dialami itu mampu diringankan.

Aktiviti mengagih makanana dan menyantuni pesakit telah diadakan pada waktu melawat jam 1 hingga 2 petang di Wad Ortopedik di semua tingkat Hospital Melaka. Program kemasyarakatan ini juga mendapat respon yang positif daripada pesakit, keluarga yang datang menziarah mahupun pihak kakitangan hospital. Ia sekali gus menepis imej negatif bahawa SAMM sebuah badan NGO yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.

Turut menjayakan program ini ialah Ketua Segmentasi Wanita SAMM Saudari Rara Young yang turut mengedarkan sumbangan makanan sepanjang lawatan kami di Hospital Melaka.

Sumbangan yang tidak seberapa ini juga sedikit sebanyak mampu untuk memberikan semangat kepada para pesakit untuk cepat sembuh dan sekali gus mengingati SAMM yang sudi dan sanggup datang menziarahi mereka.

Hampir kesemua ahli keluarga dan kakitangan hospital juga mengukir senyuman dan merasa kagum di atas kesudian golongan anak muda yang berinisiatif membuat program khidmat masyarakat seperti ini. SAMM Melaka akan terus berusaha untuk menjadikan program khidmat masyarakat berterusan.

Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-kata

Zuraidi Bin Abdullah
Penyelaras SAMM Melaka
www.anakmudamalaysia.com
012-2478016

1

3

4

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.