Home » All Post, Headlines

RANCANG WUJUD HURU HARA, PEMUDA BN YANG BERLATIH BERTEMPUR DENGAN POLIS

Submitted by on March 17, 2013 – 3:08 PMNo Comment

umno ganas di bukit katil

Kenyataan Umum
16 Mac 2013

RANCANG WUJUD HURU HARA, PEMUDA BN YANG BERLATIH BERTEMPUR DENGAN POLIS

Merujuk kepada kenyataan Timbalan Presiden Bn Muhyiddin Yassin pada 13 Mac lepas ketika berucap di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu menyatakan bahawa dia punya bukti bahawa Pakatan Rakyat merancang huru – hara menjelang Pilihanraya Umum.


Kenyataan ini merupakan kenyataan tidak bertanggungjawab dan menipu, atau Muhyiddin tertipu dengan orang kelilingnya. Bila di desak menampilkan bukti jelas Timbalan Presiden Umno itu gagal.

Sebenarnya Bnlah yang sedang merancang huru – hara kerana cukup tertekan dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat. Malah huru – hara yang dicipta cukup terancang dan mendapat dokongan pahak pihak termasuk agensi regim.

Rakaman video mesyuarat di Felda di Hulu Selangor contohnya jelas menunjukkan bagaimana hampir semua agensi termausk PDRM dipaksa terlibat untuk menghuru harakan keadaan demi menghalang maklumat dan kempen PR sampai kepada sasaran.

Mungkin Muhyiddin dia tidak tahu atau seperti biasa sikap hipokrit kelingking berkait, untuk pengetahuan semua dalam latihan pemuda Bn jelas terkandung latihan bagaimana mewujudkan huru – hara, latihan demonstrasi cara berdepan dengan Polis dan sebagainya. Latihan yang dikendalikan pemuda Umno ini melibatkan ramai pimpinan pemuda Bn dan melibatkan NGO juga. Selepas siri latihan dimasukkan modul mencetuskan huru hara, belajar bagaimana bertempur dengan polis inilah terjadi siri kekecohan khususnya yang mengganggu program PR.

Apa tujuan berlatih hadapi polis termasuk simulasi demonstrasi yang siap dengan tembakan meriam air ? Adakah Bn benar – benar sedang bersiap menjadi pembangkang atau satu perencanaan untuk huru – hara terancang disusun bagi menyelamatkan ‘Putrajaya’. Maka benarlah kata Presiden Umno , Najib Razak “biar hancur tulang belulang, Putrajaya harus dipertahankan.”

Rakyat diseru jangan tertipu dengan taktik jahat dan tidak bertanggungjawab Timbalan Presiden Umno ini. Rakyat juga dinasihati tenang, yakinlah proses perubahan itu tetap akan berlaku dengan kesedaran dan kebangkitan rakyat dengan penuh bertanggungjawab.

Sekian.

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.