Home » All Post, Headlines

Rosmah Panik: Lancar Biografi Dua Kali

Submitted by on March 23, 2013 – 12:35 AMNo Comment

 

Najib Razak bukan sahaja terpaksa berdepan serangan dari Pakatan Rakyat tetapi tarikh pilihanraya tidak jumpa kerana serangan dalam Umno sendiri terlalu kuat. Jika dia gagal memperbaiki pencapaian Abdullah Badawi, kawan – kawan dalam Umno telah sedia untuk menggulainya.

Salah satu alasan besar kekalahan Bn selepas ini ialah kerana perangai tamak, boros dan campur tangan urusan kerajaan oleh isterinya Rosmah Mansor. Perbagai cara cuba dibuat untuk memperbetulkan persepsi yang sudah amat kuat diminda rakyat khususnya selepas pendedahan cincin RM24.45 juta.

Salah satu cara ialah dengan mengupah sekumpulan penulis hebat untuk mengeluarkan biografi Rosmah Mansor. Maka lahirlah biografi setebal 164 mukasurat terbitan Yayasan Amanah Perdana Malaysia yang dijual pada harga RM150 senaskah.

Biografi ini telah dilancarkan oleh Sultan Pahang pada 10 Disember 2012 lepas. Dalam majlis itu siap bersajak, menyanyi dan pengkisahan kisah hidup Rosmah dibuat. Klik sini untuk baca Buku Rosmah dilancar Sultan Pahang

 

rosmah sultanKali pertama dilancarkan oleh Sultan Pahang

Mungkin Rosmah cuba menggunakan ‘berkat’ istana Pahang lancar bukunya dan selepas itu tidak ada yang berani mengkritiknya secara terbuka. Namun dia silap makin kuat serangan padanya. Bukunya juga tidak laku.

Di sisi lain pula Mahathir terus memberikan tekanan dan dilaporkan kebelakangan ini Mahathir marahkan Najib khususnya isu kedudukan anaknya di Kedah. Belajar dari kesilapan Abdullah, Najib cuba memujuk Mahathir. Maka Mahathir dipelawa melancarkan buku Rosmah buat kali kedua.

Sama ada Najib mahu memperbodoh Mahathir melancar buku yang sudah dilancar atau menghina Sultan Pahang dengan melancarkan semula buku yang sudah dilancarkan Sultan. Entahlah tetapi jelas Najib berjaya prbodoh Mahathir bila berjaya memujuk Mahathir melancar buku yang sudah dilancar.

kali kedua dilancarkan oleh Mahathir pula,rasanya ada tak pelancaran kali ketiga
oleh Muhiyuddin ntuk memujuk agar bersabar sebentar
u

Mahathir juga tidak kurang seni politiknya bila menggunakan majlis pelancaran itu dengan mencadangkan buku Rosmah itu harus diedar ke sekolah – sekolah untuk mengatakan buku tersebut pasti tidak laku kalau hanya dijual dikedai buku juga paling pedih bila Mahathir menyatakan buku Rosmah harus berada di semua sekolah agar ganerasi akan datang boleh mencontohi Rosmah Mansor.

Dalam perihal cincin RM24.45 juta makin dijawab makin banyak bercanggah dan mengundang kebencian rakyat. Rosmah dan Najib juga harus menjawab dakwaan Deepak yang siap mendedahkan resit pembelian barang kemas yang dikatakan untuk Rosmah.

Solidariti Anak Muda Malaysia

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.