Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, SAMM

SAMM Edar Risalah Lahad Datu

Submitted by on March 21, 2013 – 4:27 PMNo Comment

PAGEKIRAM1 mini

PAGE2KIRAM mini

 

Kenyataan Terbuka
21 Mac 2013

SAMM Edar Risalah Lahad Datu

Selepas berjaya menganjurkan sebuah forum mega “Mahkamah Rakyat: Siapa Pengkhianat Lahad Datu” beberapa hari lalu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus bergerak menjana kesedaran rakyat Malaysia khususnya di Semenanjung mengenai apa yang berlaku di Lahad Datu.

Sebanyak 35 ribu set risalah akan diedarkan dalam masa terdekat di dalam aksi ‘Smoke Operation III”.

Rakyat harus didedahkan dengan maklumat yang selama ini cuba diselindung bagi menutup pekung ketelanjuran pemerintah. Punca tercetusnya pencerobohan dan punca tuntutan orang Sulu di Lahad Datu tidak pernah dibicarakan di peringkat nasional oleh media arus perdana, maka SAMM mengambil tanggungjawab melaksanakan misi kesedaran.

Dengan rangkaian besar SAMM di setiap negeri di Malaysia, juga dengan modus operandi dua aksi “Smoke Operation” terdahulu, SAMM yakin tidak punya kekangan yang besar untuk memastikan risalah penting ini sampai tepat kepada isirumah di seluruh pelusuk tanahair.

“Smoke Operation” edisi ketiga diberi nama #OpsLahadDatu akan bermula pada 23 Mac di selatan tanahair dan berakhir 26 Mac 2013 di pantai timur. Risalah akan diagih kepada SAMM di setiap zon dan negeri manakala setiap persinggahan #OpsLahadDatu akan disusuli dengan aktiviti edaran kepada massa yang disusun oleh SAMM negeri.

Antara yang dimunculkan dalam risalah lahad datu tersebut ialah

  • Jeneral Penceroboh warga Malaysia, ramainya pendatang yang mendapat kerakyatan mudah dan kini sudah menular ke semenanjung.
  • Kenyataan Menteri Dalam Negeri yang lemah dan berdolak dalik mengenai status penceroboh, dikatakan bukan pengganas oleh sumber risikan pada awalnya dan kemudian dikatakan pula pengganas.
  • Persoalan penting apa isi rundingan dan benarkah ada perjanjian antara Najib dan penceroboh?
  • Juga membetulkan semua persepsi salah yang diberi media massa dengan menimbulkan semua persoalan penting mengenai trajedi Lahad Datu.

Namun jumlah risalah yang terhad iaitu sebanyak 35ribu set adalah sangat jauh dari mencukupi. Sekurang-kurangnya 100 ribu set lagi diperlukan untuk diedar secara rawak di kawasan tumpuan. SAMM sedang mencari dana untuk cetak lebih banyak set risalah penting ini.

Justeru itu, SAMM mohon kepada semua untuk sama membantu mengeluarkan dana sumbangan supaya lebih banyak risalah #OpsLahadDatu dicetak. SAMM yakin tanggungjawab sosio-politikal ini juga boleh dikongsi bersama. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (5550-4111-3224) Maybank.

Kami juga merancang membuat risalah siri dua mengenai Mahkamah Rakyat berkenaan pengakuan dan bukti yang saudara Hasnar dan Pn. Siti Amaninah kemukakan berkenaan Projek IC Dr. M dan bagaimana rusuhan 1986 di Sabah sengaja dirancang dan dilindungi agensi kerajaan kerana Bn kalah dalam pilihanraya sebelum itu. Namun semua bergantung kepada kemampuan kewangan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #smokeoperation sila klik sini.

Sekian

che’GuBard

Pengasas

Solidariti Anak Muda Malaysia

klik sini untuk membaca lanjut mengenai Mahkamah Rakyat.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.