Home » All Post, Headlines, Terengganu

SAMM Terengganu Pertahan Pasar Payang

Submitted by on March 13, 2013 – 12:28 PMNo Comment

Selamatkan Pasar Payang

9 MAC – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu bersama lebih 22 NGO telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi menghalang Pasar Payang dirobohkan.

Satu tunjuk perasaan telah diadakan hari ini dengan tema Selamatkan Pasar Payang dari diroboh untuk didirikan bangunan hotel setinggi 30 tingkat. Himpunan kecil berskala hampir seratus orang ini bermula jam 2 petang dan berakhir sekitar 5 petang.

Walaupun dimaklumkan di bawah hotel tersebut akan dinaikkan sebuah pasar moden berhawa dingin, SAMM dan kumpulan NGO tetap membantah kerana Pasar Payang adalah warisan negeri Terengganu yang tiada galang ganti.  Turut menjadi kebimbangan ialah negeri akan kehilangan satu identiti warisan dan kawasan tumpuan pelancong asing.

SAMM Terengganu juga mempersoalkan mengapa pihak kerajaan negeri dan pihak pemaju tidak memilih kawasan berhampiran, pembagunan hotel dan pengsapuri di tapak Pasar Payang yang akan dilakukan itu juga tidak menepati syarat serta keperluan Pelan Tindakan Kawasan Shah Bandar yang dbuat Kerajaan Terengganu sendiri.

Rafzi Ramli

Penyelaras SAMM Terengganu

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.