Home » All Post, Headlines

Sidang Khas Parlimen Tidak Relevan – @KhairyKJ Harus Lebih Patriotik dan Ketepi Politik Domestik

Submitted by on March 6, 2013 – 3:31 PMNo Comment

Kenyataan Dangkal @khairyKJ

 

KUALA LUMPUR – Cadangan pembangkang agar sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan tentang isu keselamatan di Sabah adalah tidak relevan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, cadangan tersebut tidak perlu kerana boleh menyebabkan isu pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah dipolitikkan, sekali gus menimbulkan perbalahan antara pembangkang dan kerajaan.

“Pihak pembangkang tidak berminat untuk mencari jalan penyelesaian sebaliknya ingin memanjangkan masalah ini demi kepentingan politik mereka,” katanya kepada pemberita pada Majlis Tahlil untuk Pewira yang terkorban di
Sabah, anjuran Pemuda Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Khairy berkata demikian ketika mengulas cadangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan isu keselamatan di Sabah.

Misalnya, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Presiden Barack Obama, tidak mengadakan perbincangan Kongres mengenai gerakan operasi menangkap Osama bin Laden, pengganas paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

“Obama dari parti Demokrat tidak memanggil pihak Republikan untuk membincangkan strategi ketenteraan sebelum melaksanakan operasi tersebut sehingga berjaya membunuh Osama,” katanya.

Pada majlis tahlil itu, Khairy turut mengumumkan sumbangan RM10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu yang diuruskan oleh Media Prima Berhad.

Terdahulu, Anwar, ketika membuat cadangan itu pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, berkata beliau akan mengemukakan surat permohonan kepada Perdana Menteri Datuk seri Tun Razak dan Speaker agar sidang khas itu dapat diadakan dengan segera.

“Ia amat penting bagi mendapat muafakat di antara semua anggota Parlimen dan parti serta dapat menghentikan tuduh-menuduh sesama sendiri,” katanya.

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.