Home » All Post, Headlines

Tian Chua yakin isu Lahad Datu umpan BN jatuhkan Pakatan – KeadilanDaily

Submitted by on March 22, 2013 – 12:15 PMNo Comment

Tian-lagi-300x181

(Oleh Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 22 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua yakin isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah umpan BN untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ini ekoran kegagalan kerajaan menangani insiden itu menyebabkan pemimpin Pakatan dijadikan mangsa khusus.

“Itulah sebabnya saya sifatkan sebagai konspirasi. Dari awal lagi, setiap kali pilihan raya, akan ada konspirasi jatuhkan parti lawan.

“Saya pertahankan bahawa pencerobohan Lahad Datu seolah-olah kerajaan Umno BN gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan orang awam dari isu pokok iaitu RCI projek IC (kad pengenalan),” katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Batu itu berdepan dakwaan di mahkamah apabila kenyataannya berkaitan krisis Lahad Datu menjadi kontroversi akibat putar belit akhbar kawalan Umno.

Kenyataan itu disiar Keadilan Daily pada 1 Mac lalu.

Dalam kenyataan itu, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu adalah konspirasi Umno untuk menakut-nakutkan rakyat dari isu pokok iaitu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian IC kepada warga asing di Sabah.

Blogger Umno memfitnah mengatakan beliau memperlekeh anggota keselamatan yang terkorban dan menyifatkannya sebagai sandiwara.

“Konspirasi bukan sahaja dari Lahad Datu, tetapi juga kes Memali, kes Lim Guan Eng. Beliau masuk penjara akibat mempertahankan maruah seorang gadis Melayu.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dari kes liwat I, II. Akhirnya ayah Saiful Bukhari mengaku ia adalah konspirasi.

“Sekarang ada lagi gambar (fitnah) sekejap kurus, boroi, sekejap perempuan, sekejap lelaki…” sinisnya merujuk fitnah terbaru ke atas Ketua Umum KEADILAN.

Bagaimanapun, kata Tian, ekoran kontroversi isu Lahad Datu membolehkannya mencatat rekod.

“Rekod saya berjaya mengalahkan isu Nurul Izzah dan Mat Sabu. Ikut rekod, saya paling tinggi. Boleh masuk dalam ‘books of records’,” seloroh Tian disambut sorakan hampir 1,000 penyokong.

Beliau berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat peringkat Parlimen Titiwangsa, di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.

Dalam pada itu, Tian turut menambah berkenaan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu dan kematian penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

“Altantuya, Bala saya tidak cakap mati akibat konspirasi, tapi (berkaitan) pendedahan akaun bersumpah.

“Adakah Altantuya mati diletup sendiri? Saya tetap pertahankan Umno ada perancangan jahat untuk lawan musuh politiknya,” tegas Tian. – NS

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.