Home » All Post, Headlines

Ustaz Azhar Idrus Akan Mula Berlakon Filem Arahan Pierre Andre?

Submitted by on March 7, 2013 – 12:14 PMNo Comment

azhar dan pierre

“Ustaz, Mung Tunggu Aku Datang”… Itulah Tajuk Filem Pertama Lakonan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) Yang Akan Diarahkan Oleh Pierre Andre. Filem arahan Pierre Andre Dan Akan Diterbitkan Oleh Metrowealth.. Turut Berlakon Adalah Kumpulan SHIRO, Zalif Sidek & Along (Raja Lawak)…

Filem berunsur dakwah dan pengajaran, inilah indahnya Islam tidak melarang Hambanya untuk berhibur tetapi hendaklah berlandaskan hukum dan syariat. Semoga Filem yang akan dikeluarkan akan membuka bibit-bibit lembaran baru seni filem di Malaysia.
Aku tengok lah  Pierre Andre begitu bijak mengambil kesempatan pengaruh Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dalam memasarkan filem ini, Insya Allah filem yang bakal terbit ini akan pecah panggung. Tak Sabar Tunggu Filem Nie… Yang Pasti, Semua Pelakon Dalam Filem Ini “Menutup Aurat”. Filem Islamik Yang Pasti Pecah Panggung.

Kumpulan Shiro berasa teruja apabila diberi peluang berlakon di samping penceramah motivasi Ustaz Azhar Idrus dalam filem terbaharu arahan Pierre Andre berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

Shiro yang dianggotai oleh Shahrul dan Ajak berkata, selain penampilan Azhar dalam filem itu, mereka juga tertarik dengan skrip yang mengangkat tema keislaman bersama unsur komedi.
“Setakat ini kami masih belum mempunyai adegan bersama beliau namun cukup teruja untuk berlakon di sampingnya kerana filem ini sarat dengan pelbagai pengajaran dan berbentuk keislaman,” jelasnya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.Selain Shiro dan Ustaz Azhar Idrus, filem terbitan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) itu turut menampilkan pelakon seperti Zalif Sidek dan Along (Raja Lawak).

Dalam pada itu, Shahrul berkata, filem pertama mereka itu adalah projek istimewa bersama MIG dan tidak berhasrat untuk menyertai syarikat produksi itu untuk menguruskan kerjaya lakonan mereka.

Jelas Shahrul, Shiro selesa dengan pengurusan Astro Entertainment yang menguruskan kerjaya seni mereka sejak menjuarai program Raja Lawak musim keenam.

Dalam perkembangan lain, Shahrul berkata, kumpulan Shiro juga akan tampil dengan sebuah single khas buat peminat dan yakin kehadiran mereka sebagai penyanyi dapat diterima ramai.
Kata Shahrul, Ajak akan bertindak sebagai vokalis utama dan dia akan lebih kepada rap dalam lagu itu nanti.

Dalam pada itu selain sedang berada di lokasi penggambaran filem Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang, Shiro juga akan mengendalikan sebuah program sendiri bertajuk Shiro – Bermulanya Sebuah Cerita selain bertindak sebagai pengacara sebuah program realiti,Tarung Muay Thai untuk saluran Bintang di Astro. –sumber

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.