Home » All Post, Headlines

Wawancara Anwar di Radio Jam 9 Malam Ini: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!

Submitted by on March 25, 2013 – 5:14 PMNo Comment

Kenyataan Umum
25 Mac 2013

Wawancara Anwar di Radio: SAMM Lancar hashtag #1359AM Untuk Hebahan Maksimum!

Malam ini akan ke udara siaran langsung wawancara bersama DS Anwar Ibrahim di radio, buat kali pertama selepas hampir 15 tahun. Liputan bagi siaran ‘tanpa tapisan’ dibawakan khas oleh Radio Free Malaysia yang dipancar dari luar negara tidak memerlukan lesen kebenaran dari Kerajaan Malaysia, boleh didengar di frekuensi AM 1359 di seluruh negara (satu frekuensi untuk semua).

SAMM mengambil tanggungjawab untuk menghebahkan program ini dan berharap setiap anda yang mengetahui maklumat ini supaya turut membantu hebahan di FaceBook dan twitter, dan hebahan mulut ke mulut jika perlu. Biar seluruh rakyat Malaysia malam ini bertumpu di corong radio berfrekuensi 1359 AM selama dua jam bermula jam 9 malam hingga 11 malam.

SAMM juga dengan ini melancarkan hashtag #1359AM untuk dimainkan di Twitter bagi hebahan maksimum untuk program yang bernotis sangat pendek ini.

Dalam satu lagi perkembangan, penganugerahan 10 minit masa ‘airtime’ oleh Kementerian Penerangan Malaysia untuk Pakatan Rakyat adalah sangat tidak munahsabah. Maka, rakyat Malaysia khususnya yang bersama arus perubahan terpaksa berkorban untuk kembali semula ke zaman Jepun yang ketika itu hanya radio menjadi sumber maklumat.

Apakah akan ada kepala yang bakal dipancung kerana mendengar siaran malam ini, tidak dapat dipastikan.

Ayuh, hebahkan siaran malam ini. SAMM yakin, rakyat yang dahagakan maklumat atau sekurang-kurangnya bertindak rasional dengan mencari kebenaran dari pelbagai sudut adalah satu tuntutan untuk menjadi bangsa yang lebih bertamadun.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Anwar-Melayu1-246x300

Wawancara Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disiarkan secara langsung malam ini bersama rakyat Malaysia di seluruh negara melalui siaran Radio Free Malaysia.

Siaran wawancara yang menggemparkan ini, adalah untuk kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah lama tidak mendengar Anwar Ibrahim bercakap di radio sejak penyingkiran beliau dari kerajaan pada tahun 1998. Ianya akan menjadi wawancara khas sempena operasi stesen radio baru ini, Radio Free Sarawak (RFM).

Setiap malam di frekuensi AM / MW 1359, RFM akan menampilkan kandungan siaran yang melibatkan orang-orang yang selalunya tidak diberikan ruang untuk menyuarakan pandangan. Stesen ini mempunyai nombor bebas tol dan rakyat Malaysia boleh menggunakannya dengan menghubungi (1-800-815-309).

Sementara rakyat Malaysia menunggu Parlimen untuk dibubarkan dan pilihan raya umum berlaku, mereka boleh mendengar pandangan dan pemikiran pemimpin Pakatan, dan membuat keputusan untuk diri mereka sendiri apa arah tuju yang terbaik bagi masa depan Malaysia.

Demokrasi adalah tentang pandangan, ungkapan, dan kami gembira untuk mengumumkan awal hari ini, ungkapan itu akan bermula. Bagi Malaysia yang lebih demokratik.

Untuk maklumat lanjut mengenai stesen, pengeluaran dan butiran kenalan, sila baca siaran dari stesen tersebut.

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
IBU PEJABAT KEADILAN
TROPICANA Selatan

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.