Home » All Post, Headlines

Amaran ABU Kepada Warga Asing – Bentuk Skuad TAHAN

Submitted by on April 5, 2013 – 3:33 PMOne Comment

Amaran ABU

Asalkan Bukan Umno (ABU) mengaku kumpulannya merancang untuk menghalang warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk tujuan mengundi tetapi tidak berniat untuk bertindak ganas dalam pilihan raya umum nanti, kata jurucakapnya Haris Ibrahim

Menurut gerakan itu, sejak dua bulan lalu, skuad Team ABU Halang Asing Ngundi (TAHAN) telah mengedarkan risalah pelbagai bahasa kepada warga asing untuk memberi amaran agar mereka tidak turun mengundi.

Risalah itu yang dinamakan ‘Amaran’ ditulis dalam bahasa bahasa Indonesia, Burma, Urdu serta Bangladesh dan disebarkan kepada warga asing di seluruh negara.

“Risalah ‘amaran’ ini satu sahaja tujuannya (iaitu) menghalang warga asing daripada mengundi dalam pilihan raya umum ke-13, atau berdepan dengan kemarahan rakyat.

“Amaran kami jangan diambil mudah. Skuad TAHAN telah diatur di seluruh negara untuk mempertahan kesucian proses pilihan raya kita,” kata relawan ABU, Jason Sanjeev Ganesan dalam sidang media ABU pagi tadi.

One Comment »

  • Anonymous says:

    Tolong hati hati kenalpasti pendatang asing ini sebab wajah diaorang ni hampir serupa orang Melayu dan boleh didaftarkan atas nama bangsa Melayu..orang Myanmar adalah yang paling seiras orang Melayu dari segi warna kulit,sosok tubuh dan rupawajah..Hampir serupa kemudiannya di ikuti warga Indonesia , warga Filipin, warga Nepal dan warga Bangladesh…..Warga Vietnam pula lebih menyerupai rupawajah kaum Cina tempatan..Warga Vietnam mungkin boleh didaftarkan
    atas nama bangsa Cina..Mungkin kalau dapat belajar sedikit dari bahasa untuk menegur diaorang adalah lebih baik…Mungkin warga warga asing ini di selitkan dalam kumpulan orang Melayu atau dalam kumpulan orang Cina dan kita kena peka untuk mengenalpasti warga asing ini…
    Sukarelawan SAMM dan TAHAN mesti terlebih peka dan arif untuk kenalpasti warga asing ini..Sila ambil kira nasihat dan fakta yang di
    berikan ini.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.