Home » All Post, Headlines, SAMM

Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan ‘Mereka’

Submitted by on April 26, 2013 – 12:49 PMNo Comment

sidang media khas

Kenyataan Media
25 April 2013

Letupan Nibong Tebal: Ini Kebolehan ‘Mereka’

Saya mewakili pasukan kempen PR N21 DUN Sg. Acheh memandang serius insiden yang konon letupan di program Bn di sini baru – baru ini. Saya menggesa pihak polis segera menyelesaikan siasatan memandangkan hanya tinggal 10 hari sebelum hari mengundi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Saya kesal kerana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan cuba memainkan sentimen yang tidak sihat, antaranya menakutkan orang ramai supaya tidak mengambil bahagian dalam pesta gerakan perubahan malah ada yang cuba memberi persepsi mengaitkan Pakatan Rakyat dengan perkembangan ini.

Mengambil kira faktor dari pelbagai sudut dan perkembangan terkini, pentadbiran kerajaan pusat akan bertukar tangan tidak lama lagi. Kehadiran orang ramai dengan jumlah luar biasa dalam ceramah Pakatan Rakyat menggalakkan penyebaran maklumat. Tidak dinafikan, maklumat juga menjadi senjata utama kemenangan Pakatan Rakyat. Tanpa maklumat ini, memudahkan Bn memonopoli pemikiran rakyat melalui media perdana.

Taktik menghantar samseng ke tapak ceramah tidak memberi kesan mengurangkan kadar kehadiran orang ramai. Apakah letupan bom ini satu taktik baru?

Mengimbau kembali pilihanraya kecil Permatang Pauh, menyaksikan kononnya bom dijumpai dalam bilik gerakan Bn. Ketika itu terdapat cubaan untuk mengaitkan PR dengan keganasan bagi tujuan meraih simpati. Turut diimbau ialah bagaimana wujud letupan bom bagi merencatkan pesta sambutan rakyat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim tempohari.

Justeru itu, saya tidak menolak kemungkinan letupan bom yang berlaku di N.Tebal adalah rekayasa untuk mengganggu mood rakyat. Lagipun, ini kemahiran ‘mereka’.

Saya mengajak semua rakyat khususnya di Parlimen N.Tebal dan juga DUN Sg Acheh agar tenang dan tidak lari dari tumpuan menilai tawaran manifesto yang dibentang serta kredebiliti calon yang bertanding untuk membuat pilihan. Saya seru untuk semua agen perubahan terus istiqomah dengan peranan masing-masing kerana kemenangan itu sudah berada di depan, maka teruslah melangkah dengan berani.

Saya yakin PRU akan berlangsung dengan aman, malah peralihan kuasa juga akan berlaku dalam keadaan baik seperti yang dijanjikan.

che’GuBard
Calon Pakatan Rakyat
Parti Keadilan Rakyat

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.