Home » All Post, Headlines, SAMM

Najib Bubar Parlimen Dalam Keadaan ‘Amat Sugul’!

Submitted by on April 3, 2013 – 12:21 PM2 Comments

muka najib sedih bbubar parlimen

 

Edytorial: Dalam keadaan sedih dan dukacita, Najib Razak membubarkan parlimen hari ini. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan PM memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir?

Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Rakyat cuba dibeli semahunya, puluhan bilion diumumkan oleh Najib Razak untuk dihabiskan demi rakyat kononnya ia adalah pemberian parti Barisan Nasional. Tetapi ia berlaku ketika hayat pemerintahan Umno dipenghujungnya, tidak pernah berlaku sejak 57 tahun lalu. Jikapun berlaku, hanya sebulan sebelum parlimen dibubar dan ia dinamakan gula-gula pilihanraya.

Walaubagaimanapun, rakyat bukan lagi budak-budak. Rakyat hari ini telah matang dan dewasa, tidak termakan umpan berupa gula-gula pilihanraya. Kejahatan pemerintah tidak dapat disorokkan lagi dengan pemberian penuh extravaganza semata-mata. Bagi rakyat, apa yang diberi adalah tanggungjawab yang selama ini telah tidak dilaksanakan malah seharusnya ia tidak cukup.

Justeru itu, kesedihan yang terpacar di wajah Najib Razak ketika membubarkan parlimen sebentar tadi ada asasnya. Najib menyedari kegagalannya walaupun telah berhabisan ‘menjual negara’ melalui defesit kewangan yang melampau di era pentadbirannya.

Antara cubaan terakhir untuk Najib untuk mengembalikan sokongan ialah dengan menjadi hero di Lahad Datu. Cubaan ini juga sangat gagal apabila kasualti nyawa sepatutnya tidak berlaku jika isu pencerobohan Lahad Datu dikendali dengan tegas dan bijak. Menjadikan peristiwa Margeret Thacther merebut kepulauan Falkland sebagai rujukan juga gagal.

Apalagi yang tinggal? Hasrat untuk lewatkan pembubaran hingga ke maksima juga tidak berjaya setelah ditekan oleh Muhyiddin Yassin yang dilihat lebih mengutamakan ‘maruah’. Mungkin Muhyiddin merasakan kekalahan itu tidak dapat dibendung maka lawanlah dengan saki-baki maruah yang tinggal. Lagipun, Muhyiddin tidak akan dihukum gantung jika Barisan Nasional tumbang PRU-13.

Tanggal 3 April 2013 adalah satu permulaan sejarah, menghampiri sekuel tsunami politik yang akan berlaku dalam masa 60 hari dari tarikh hari ini. Inilah permulaan yang ditunggu-tunggu dengan sabar oleh rakyat, akhirnya tiba juga hari ini.

Sesungguhnya, rakyat tidak sabar untuk pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu, lima kali 8 Mac itu bagaikan terlalu lama. Rakyat tidak sabar untuk sesuatu yang baru atau lebih spesifik – kerajaan rakyat yang baru. Dengan pembubaran parlimen ini, ayuh kita pastikan tanahair dapat diselamatkan. It’s now or never.

Percayalah, rakyat akan menang dan tidak menanggung azab untuk 5 tahun atau 10 tahun atau 50 tahun lagi. Perubahan akan berlaku di umur kita, dan wajah sugul Najib ketika bubarkan parlimen akan tetap menjadi ingatan.

Edy Noor Reduan

Aktivis Blogger

Solidariti Anak Muda Malaysia

2 Comments »

  • Conscience says:

    The beauty of true democracy is that PEOPLE get to decide who should be their leaders and how these leaders should behave and discharge their duties. This is the best opportunity for change. We should give PR a chance to prove their worth. Malaysians have nothing to lose. If PR do not perform to our satisfaction we boot them out in GE 14. No big deal. After all the corrupt umno/bn had ruled for more than half a century. This country is now at its lowest point of life being constantly raped and robbed by umno/bn. It can’t be any worse under PR. The status quo would either remain or improve.
    So, Malaysians, make full use of our democratic system to our advantage for the sake of our nation and our children. IT’S NOW OR NEVER.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.