Home » All Post, Headlines

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

Submitted by on April 3, 2013 – 11:15 AMNo Comment

PAK HASSNAR 2

Kenyataan Terbuka
3 April 2013

Pak Hassnar dan Isteri Selamat Ditemui Selamat

Kegusaran orang ramai terhadap kehilangan Pak Hassnar berakhir lewat malam tadi apabila beliau bersama isterinya muncul di Kemaman untuk satu program ceramah yang beliau dijadualkan berucap.

SAMM memegang tanggungjawab membawa Pak Hassnar menjelajah di Terengganu dan Kelantan membuat satu laporan polis semalam setelah beliau gagal dihubungi sejak hari beliau sampai di tanah semenanjung. SAMM turut hubungi anak Pak Hassnar iaitu sdr Serman, yang juga mengesahkan tidak dapat menghubungi kedua orang tuanya sejak hari Ahad lalu, menambah situasi tegang lewat petang semalam.

Lebih kurang jam 9 malam tadi, wakil dari SAMM Kemaman yang menjadi penganjur bersama program telah dihubungi oleh Pak Hassnar yang telah tiba di Kemaman bersama temannya yang dipercayai. Pak Hassnar kemudian dijemput dan dipastikan selamat.

Menurut Pak Hassnar, beliau telah beberapa kali menerima panggilan dari nombor yang tertera ‘private number’ sejak mendarat di LCCT. Panggilan ini amat mencurigakan dan beliau pernah diugut supaya tidak berucap bagi pihak Pakatan Rakyat melalui panggilan sebegini.

Justeru itu, demi keselamatan diri dan keluarganya, Pak Hassnar mengambil keputusan untuk tidak jawab panggilan dan meninggalkan telifon bimbitnya di satu tempat yang selamat bagi mengelakkan dirinya dikesan.

Ketika kenyataan ini ditulis, laporan polis telah ditarik balik. SAMM turut melahirkan kebimbangan terhadap suasana politik tanahair yang menuju ‘gestapo’ ke’samsing’an berikutan ugutan dijadikan senjata bagi melindungi ‘orang besar’. Pendedah maklumat pula, tidak dijamin keselamatan khususnya bagi yang tidak berpihak kepada pemerintah.


Edy Noor Reduan
Solidariti Anak Muda Malaysia

 

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.