Home » All Post, Headlines, SAMM

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Submitted by on April 20, 2013 – 10:20 PM9 Comments

pencalonan CB

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh

Assalamualaikum WBT,

Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.

Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut.

Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah pertindihan telah pun selesai.

Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008 bagi tidak membenarkan Umno menang percuma… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!

Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.

Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…

Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.

Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.

InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.

Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.

Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

Sekian pengamatan saya 20 April 2013…

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia

9 Comments »

  • kamarudin hj hussin says:

    Bro..undi PR dah pecah..mana boleh menang…ingat Putrajaya belum tentu milik PR dah bertumbuk sesama sendiri…BN senyum je kerana korang bantu…cikgu bard cakap’itu hari dia boleh beralah sebab matlamatnya ABU…ni apa dah jadi…Susah lah kalu tak boleh respek keputusan majlis tertinggi PR..gua be gang betul beb…to be fair to PKR Dan Pas gua take keluar mengundi la…

  • Shamsuri says:

    Saya rasa pembahagian kerusi tak adil utk PAS. Takkan PAS tak da kerusi dlm parlimen nibong tebal. Nampak PKR terlampau tamak kerusi.Semua ni sebab Dr Mansor(org Azmin) yg dah tak belaga angin dgn Lim Guan Eng tentang kes dulu. So, dia kena p parlimen sdgkan dia tak terkenal pon di peringkat nasional berbading dgn chegubard.Sepatutnya chegu bard yg calon situ. Macam parlimen utk wilayah perseketuan pun nak tamak.PAS hanya dapat Titiwangsa,Putrajaya n Labuan(3. Penjuru jugak)Satu lagi isu pemuda PAS main langgaq arahan , adalah kurang tepat sebab watikah PAS Pusat yg authorized utk keluar. Harap penulis letak chronology n jgn terlalu elobrate sehingga jadi fitnah.harap maaf saya pengundi baru dan seoarang pemerhati politik.

  • nthipokrasi says:

    Chegu Bard. Berundurlah. Bagi je kat PAS. Buktikan, kamu jauh lebeh mulia dri pemuka2 yg ego dan berasa hebat. Gua dah muak dgn gelagat2 yg kononnya pendokong Islam ni. Before 1999, they are nothing but a bunch of loser. Kita bertanding dlm PRU utk menang bukan sekadar syok sendiri nak jadi calon tapi kalah memanjang sejak merdeka… Even Anwar sekali pun bertanding di sg Acheh, PAS still want to contest…wala’ dorang hanya kepada pimpinan dorang bkn kepada pengundi2 dan rakyat. Memunkiri janji tidak menjadi kesalahan kepoada mereka bertepatan dgn slogan ‘PAS ganti UMNO’…

  • zulhashim says:

    kalau nak di ikutkan marah, saya dan rakan-rakan di kawasan Tasek, Simpang Ampat, memang sangat marah dengan keadaan yang berlaku di Sg Aceh melibatkan pertembungan PAS/PKR. pada pandangan kami, sebaiknya, Ustaz Makthtar, bekas wakil rakyat PKR Dun Sg Bakap, sepatutnya di gugurkan kerana beliau tidak memberi perkhidmatan yang memuaskan dan lagi keegoan pembantu khas beliau, Hj Wan membuatkan majoriti rakyat DUN Sg Bakap hilang kepercayaan. DUN inilah sepatutnya, di ganti dengan Chekgu Bard, sebagai calon PKR pada piliharaya kali ini. dalam hal ini, pimpinan PKR negeri tidak buat homework walaupun telah di beri pandangan beberapa kali baik oleh kami dari PAS maupun Keadilan di kawasan DUN Sg Bakap. kepada pimpinan atasan, kami nak bagitau, yang bertungkus lumus bekerja ni, orang-orang bawah, jangan laa hampa dok besaq kepala sangat.

  • Aznan says:

    Tanyalah pucuk pimpinan PAKATAN, mana yang betul CheguBard atau ustaz PAS yang ada rupa macam celebriti ustaz yg dulu rockers. Muka tak seri…

  • Positif says:

    Kalau BN vs Pakatan 50:50, bila ada dua calon pakatan maka pecah undi ini akan mengalahkan Pakatan 50:25:25.

    Patutnya pemimpin pakatan kena bijak. Selesaikan sebelum hari pencalonan. Kalau jalan buntu juga, ambil pendekatan guna calon pas bawah lambang pkr atau sebaliknya, calon pkr lambang pas.

    Memandangkan hari pencalonan sudah berlalu. Maka kita sebagai pengundi kena bijak dan sepakat. Aku cadang jangan pecah undi. Kita sepakat agar semua kerusi bertindih kita HANYA bagi pada parti yang paling sedikit jumlah pencalonan seluruh negara.

    Kalau setuju kita pakat sebar, masa sudah suntuk untuk berbincang.

  • gua melayu beb says:

    Bkn satu tempat je Bro,di Perak pun dia org tuntut bnyk kerusi.Lupa yg kita berjuang bersama!Cangkat Jering,Behrang,Alor Pongsu,Sg Manik dn Parlimen Kg Gajah dia org tuntut.Slps PRU 11 ada delegasi dr PAS dtg berjumpa Ketua Cabang PKR Tambun menuntut supaya mereka di serah kn DUN Manjoi atau mereka akn boikot PKR Tambun dlm PRU 12.Ini ada lh tindakan mereka kpd sesama rakan seperjuangan dlm PR kerana memikir kn parti mereka lbh superior.Jgn terkejut satu hr nanti mereka akn menuntut pula kerusi2 DAP yg majoriti ny pengundi2 bkn Melayu krn mereka memikir kn rakyat Malaysia sdh mula menerima mereka!

  • abuzar says:

    Pkr parti tamak…langsung xrespeck PAS yg berjuang lebih lama…bnyak tempat ahli pas mkn hati dgn pkr…jentera xda sangat asyik nak berebut kerusi jer…perangai umno dlm pkr masih menebal..chegubard dipandang mcm sampah oleh pkr sendiri..org sehebat beliau hanya ditawarkan dun shj…kesian bila org org azmin dato mansur yg diplih…parlimen rembau diambik oleh org azmin…xsedar lg ke cikgubard hang tu dikhianati pari sendiri…

  • […] Solidariti Anak Muda Malaysia ngo yang di kepalai oleh chegubard mengakui chegubard adalah calon dan pakej terbaik yang mampu di tonjolkan oleh pkr bagi merebut kerusi panas dun sungai acheh, ini bermakna calon yang di ketengahkan oleh pas iaitu Ustaz Yusni Mat Piah yang memegang ijazah sarjana muda usuluddin dari pakistan adalah calon hampeh itu sahaja yang pas ketengahkan… Jadi untuk menentukan calon mana yang lebih hebat, SAMM mencabar ysni mat piah dan calon bn untuk berdebat dengan chegubard pada 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat… sumber […]

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.