Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, N.Sembilan

SAMM N.Sembilan Cabar Umum Siapa Bakal Menteri Besar

Submitted by on April 11, 2013 – 5:37 PMOne Comment

zzz

Kenyataan Media
10 April 2013

SAMM N.Sembilan Cabar Umum Siapa Bakal Menteri Besar N.Sembilan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) N.Sembilan hari ini mengusulkan supaya pihak Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat mengumumkan calon MB masing-masing untuk dinilai oleh rakyat N.Sembilan. Ini berikutan kedua belah pihak punyai peluang hampir sama-rata.

SAMM NS percaya selain polisi manifesto di peringkat negeri, calon MB juga merupakan satu faktor yang penting bagi menjamin kemenangan. Dalam konteks yang sama, pihak yang bertembung di negeri adat pepatih wajar mempertaruhkan calon terbaik untuk diangkat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, jika menang di peringkat negeri. Ia memberi peluang kepada rakyat N.Sembilan memilih parti yang akan memerintah negeri berdasarkan prestasi kepimpinan calon MB.

Sebagai Dewan Undangan Negeri yang paling awal dibubarkan dalam PRU kali ini, N.Sembilan harus menjadi negeri contoh memulakan politik baru yang lebih dinamik.

Justeru itu, SAMM NS menawar diri untuk menganjurkan sebuah wancana yang bakal ditampil calon-calon Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiap calon akan bentang polisi pentadbiran masing-masing, demi yang terbaik untuk penduduk di Negeri Sembilan ini.

Umno Bn selaku Kerajaan sebelum ini sudah punya menteri besar iaitu Datuk Seri Utama Hj Mohammad Bin Hassan namun terdapat maklumat sumber dalaman umno yang kuat menyatakan penolakan dalaman Umno terhadap beliau, maka Umno seharusnya mengumumkan adakah beliau dikekalkan atau bakal diganti. Rekod pentadbiran Mohammad yang merupakan Menteri Besar paling lemah dalam sejarah NS serta skandal seperti menyeludup (menghantar wang secara haram RM10 juta ke luar negara) akan menjadi rekod penilaian penting.

Di sebelah PR pula penting juga menamakan bakal MB kerana latar belakang MB tersebut bakal membawa keyakinan khususnya jika ia di antara wakil rakyat yang pernah bergelar YB sebelum ini, rakyat juga mahu melihat prestasinya paling tidak menguruskan pengundi di kawasan.

Sebagai kumpulan anak muda progressif, SAMM NS menyeru kepada semua negeri seluruh negara mengambil perhatian terhadap suasana yang berlaku di N.Sembilan sekiranya calon MB diumum dan dipertemukan dalam sebuah wancana terbuka.

Sekian,

Norazizi Abd Aziz
Penyelaras Bersama
SAMM N.Sembilan

One Comment »

  • Anak Omak Di rantau says:

    Cadangan ini memang patut di fikirkan dan di ambilkira oleh Pakatan Negeri Sembilan…Kita orang bawahan tak mahu apa yang berlaku di Perak selepas PRU 12 yang membawa kpd kejatuhan kerajaan PR..berulang
    kpd N9…Kita tidak mahu lagi tertipu oleh adanya kemungkinan timbulnya Sang Katak yang akan melompat apabila mendapat habuan wang ringgit ataupun habuan seks selepas berjaya dalam PRU13 di N9 nanti.
    Ahli politik berjiwa sang katak ini perlu di kenali dan diperhalusi dan kalau boleh di singkirkan dari senarai calon PRU13.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.