Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, Perak

SAMM Perak Sambut Baik Hasrat DS Anwar Bertanding di Perak

Submitted by on April 4, 2013 – 12:42 PMNo Comment

 

Anwar parlimen perak

Kenyataan Terbuka
4 April 2013

SAMM Perak Sambut Baik Hasrat DS Anwar Bertanding di Perak

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Perak menyambut baik keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di negeri ini dan menyifatkan ia sebagai langkah bijak dan berani seorang pejuang.

Bagi SAMM Perak, ‘trend’ yang berlaku di kalangan pimpinan utama Pakatan Rakyat – meninggalkan kubu kuat masing-masing adalah usaha terbaik bagi menjamin kemenangan Putrajaya berada di dalam tangan. Selain DS Anwar yang meninggalkan Permatang Pauh, beberapa pemimpin lain Pakatan Rakyat antaranya Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS) yang bukan sahaja memilih untuk bertanding di tempat yang ‘asing’, malah memilih kubu terkuat Umno suatu ketika dulu.

Langkah terpuji ini wajar menjadi ikutan semua khususnya bagi pemimpin yang punya kekuatan tersendiri harus menggegar kubu musuh dengan kebolehan masing-masing untuk menang.

SAMM Perak berpendapat, Perak adalah lubuk utama untuk mencuri lebih banyak kerusi parlimen memandangkan banyak kerusi parlimen bermajoriti tipis dalam PRU lepas. Kehadiran DS Anwar ke Perak mampu memberi kesan positif peningkatan undi Pakatan Rakyat ke seluruh pelusuk negeri khususnya pengundi melayu, malah lebih 15 kerusi DUN Umno mampu ditawan. Situasi ini seterusnya mengundang keyakinan besar pengundi melayu untuk sebuah kerajaan Perak yang ‘lebih melayu’ di bawah Pakatan Rakyat.

SAMM Perak juga dengan ini mencabar Najib Razak untuk meninggalkan Pekan dan bertanding di mana-mana kerusi Parlimen di negeri Perak. Najib yang sebelum ini menjadi ‘mastermind’ rampasan kuasa di Perak wajar bertanggungjawab dan harus buktikan kebarangkalian Barisan Nasional mendapat sokongan dari rakyat negeri Perak.

Juga, dengan kekuatan ribuan komrad, SAMM Perak sedia melindungi DS Anwar dari serangan samseng Umno ketika berkempen di negeri ini. InsyaAllah dengan rekod bersih SAMM, keselamatan DS Anwar lebih terjamin dan menjadi keutamaan SAMM Perak.

Akhir sekali, SAMM Perak yakin negeri Perak akan peroleh kejayaan dalam PRU-13, kembali diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan kedudukan yang jauh lebih kukuh berbanding pasca 2008.

Mohd Saiful Azhan
Penyelaras SAMM Perak

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.