Home » All Post, Headlines

Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!

Submitted by on April 8, 2013 – 9:13 AMNo Comment

dipetik dari blog Shalehuddin

rosmah sultan

Skrip Terlewat : Rosmah jadi bibik besan tengok cincin ..!!
Semakin menarik nampaknya cerita cincin permata RM24juta. Isu cincin ni sebenarnya dah pun agak tenggelam dengan pelbagai isu dan skandal yang membabitkan keluarga Rosmah dan isterinya, Najib si bibir merah.

Setelah hamoir dua tahun isu ini timbul, barulah muncul Philip Nassimi (gambar bawah) Pengarah Barang Kemas Jacob & Co membuat penjelasan, “Natural Fancy Blue Grade Cushion Diamond Ring” 30.11 karat itu sebenarnya untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang bertunang dengan anak Rosmah, Nooryana Najwan.

Selama ini rakyat tidak pernah mendengar Rosmah menyebut mengenai kedatangan Maira, besannya ke Seri Perdana untuk ‘melihat’ cincin berkenaan. Andainya memang betul cincin yang dipersoalkan itu dihantar kepada Maira ketika beliau (Maira) berkunjung ke kediaman Rosmah, logiknya, itulah alasan pertama yang akan diberikan oleh Rosmah apabila isu ini mula-mula ditimbulkan hampir dua tahun lalu.

Mengapa Rosmah sanggup bersumpah bahawa cincin itu tidak ada pada dirinya, tapi tidak pernah walau sekalipun menyebut cincin berkenaan dihantar kepada Maira Nazarbayev, ibu kepada Daniyar Nazarbayev? Mengapa baru sekarang, muncul tukang emas membuat cerita bahawa cincin itu ditujukan kepada Maria yang berkunjung ke mahligai Rosmah?
Logiknya, jika penerangan si tukang emas yang mengatakan Maira adalah pelanggan setia, apa perlunya Maira meminta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau mengunjungi Rosmah di Putrajaya? Maira sebagai isteri seorang Presiden sebuah negara, boleh sahaja terbang ke Jacob & Co, Amerika Syarikat untuk melihat sendiri cincin berkenaan. Ataupun, minta cincin berkenaan dikirim kepadanya ketika beliau berada di negaranya, Kazakstan.
Tapi yang lebih menarik, sejak sekian lama isu ini menjadi ‘bualan hingga ke peringkat antarabangsa’ mengapa Maira tidak pun mengeluarkan sebarang kenyataan bagi menjelaskan isu cincin RM24 ini.
Sepatutnya, Maira sudah sedia maklum bahawa isu cincin yang kononnya ingin beliau lihat, telah menyeret Rosmah, yang bakal menjadi besan beliau. Sepatutnya, beliaulah orang pertama yang akan membuat penjelasan. Bukan tukang emas kedai cincin!!
Baca kenyataan SAMM klik di sini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.