Home » All Post, Headlines

[WAJIB BACA] SIAPA MENGUNDI – SIAPA MENGIRA UNDI

Submitted by on April 18, 2013 – 4:24 PMNo Comment

COVER-BUKU-ISHAM
SIAPA MENGUNDI – SIAPA MENGIRA UNDI

Hakikatnya – pada pagi 6 Mei 2013 kerajaan Pakatan Rakyat akan ditubuhkan dengan pesetujuan Yang DiPertuan Agong. Pada petangnya para menteri kabinet akan mengangkat sumpah bersetia di bawah Perlembagaan Malaysia. Malaysia baru yang merdeka dan demokratik dilahirkan satelah terpesong selama 56 tahun. Malaysia Baru yang menjanjikan ruang demokrasi yang lebih luas.

Hakikatnya pada 7 haribulan Mei 2013 harga minyak turun. Pada 9 Mei tol lebuh raya Plus dimansuhkan. Pada 11 Mei semua tahanan ISA di Kamunting di bebaskan. Hutang PTPTN di lupuskan. Kelantan dan Pahang untuk pertama kalinya diumum untuk menerima royalti minyak. Wang Ikhsan dihapus. Rayalti minyak naik menjadi 20%.

Dari semenjak 6 Mei lagi semua lapangan terbang dan pintu masuk dan pintu keluar Malaysia dikawal rapi. Ini untuk mengelakkan orang-orang jahat – pembunuh, perogol dan perasuah – melarikan diri. Untuk menghalang orang-orang jahat ini lari membawa jongkong emas, ringgit dan dolar ke luar negara.

Hakikatnya – semua ini akan berlaku jika pilihan raya dalam negara kita ini bebas, adil dan bersih. Hakikatnya pilihan raya di Malaysia ini tidak bebas, tidak adil dan tidak bersih. Hakikatnya pilihan raya di Malaysia penuh dengan penipuan. Justeru, dalam pilihan raya di Malaysia persoalannya bukan siapa turun mengundi tetapi siapa akan mengira undi.

Biar saya terangkan fakta sejarah pilihan raya tahun 1999 di Lembah Pantai. Zainur Zakaria dari Keadilan Nasional dan Sharizat Jalil dari United Malays National Organisation telah bertanding. Pada hari pengundian saya adalah warga Bangsar Utama. Tempat pengiraan undi itu tidak sampai dua kilometer dari bilik saya. Cuaca pada hari itu molek indah dan berseri. Hujan tidak, ribut pun tidak. Pengundian berjalan dengan aman permai.

Pengiraan undi dijalankan disebelah malam. Saya duduk bersama kawan-kawan menunggu keputusan. Kiraan awal Shahrizat Jalil tewas. Kami gumbira. Tetiba – hampir jam 1:00 pagi – kami diberitahu ada peti undi baru masuk. Peti undi dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Bila peti undi dibuka Zainur Zakaria tewas. Shahrizat Jalil menang dengan hanya kelebihan 1,417 undi. Semua undi ini datang dari Kampong Bohol dan Kampong Pasir.

Saya diberitahu bahawa peti undi ini lambat sampai kerana hujan lebat dan banjir di Kampong Bohol dan Kampong Pasir. Sebenarnya Kedua buah kampong ini tidak sampai 4 kilometer dari tempat pengiraan undi. Saya terperanjat dan terus mencarutkan Shahrizat. Pada malam itu di Bangsar dan di wilayah Lembah Pantai tidak ada hujan atau ribut. Ini hakikat sejarah. Ini bukan fitnah.

Biar saya surahkan lagi satu kesah tentang Najib Razak dalam pilihan raya tahun 1999. Kiraan awal Najib Razak telah kalah. Tetiba datang peti undi yang membawa undi pos. Maknanya undi dari kem tentera. Sebanyak 2,400 undi baru telah dibawa masuk. Akhirnya Najib menang tipis dengan hanya mendapat 242 kelebihan undi. Hakikatnya – ini sejarah bukan fitnah.

Paling akhir ialah pilihan raya kecil di Sibu yang terkenal dengan ‘ gua tolong lu… lu tolong gua…’. Kiraan undi pada malam 19 Mei 2010 telah menunjukkan calon DAP menang. Tetiba satu peti undi baru sampai. Dikatakan peti undi pos ini dari kem askar yang telah mengundi lebih awal.

Bila peti undi ini sampai para pekerja dan aktivis Pakatan Rakyat telah membantah. Mereka tidak mahu ditipu. Pertengakaran bermula. Mereka berhujah kalau ini peti undi pos maknanya tentera telah mengundi 3 hari lebih awal. Kenapa baru sekarang peti undi ini sampai. Suasana tegang. Akhirnya peti undi ini di tolak. Calon DAP diistihar menang.

Hujung minggu lalu saya di Jeli Kelantan – kawasan Tok Pa Menteri Perdangan Antarabangsa. Saya menjalankan bengkel Pemantau. Tetapi bukan hal bengkel yang ingin saya kesah. Apa yang ingin surahkan disini ialah bagaimana Tok Pa ini menang dalam PRU12 dahulu. Mengikut surah yang saya dengar dari pekerja parti PKR – Tok Pa telah kalah pada pengiraan awal. Tetiba jam 2:00 pagi satu lagi peti undi datang. Kali ini sama saperti Najib Razak di Pekan – Tok Pa juga diselamatkan oleh undi tentera di Jeli.

Muka Abang aktvis PKR yang menurunkan surah ini cukup sedih bercampur marah. Justeru mengikut Abang ini dia menghadirkan diri ke bengkel Pemantau ini untuk belajar bagaimana menjadi Pemantau yang terlatih. Abang ini tidak mahu kiraan jumlah undi di Jeli tidak akan ditipu sekali lagi.

Peti undi datang lambat, hilang tengah jalan, peti undi lambat sampai kerana banjir, kerana jambatan patah – memang selalu kita dengar. Ini semuanya kong kalikong kerja jahat SPR untuk memastikan United Malays National Organisation terus berkuasa.

Semua ini adalah hakikat. Semua yang saya tulis bukan fitnah. Selama lebih dari 50 tahun SPR telah bekerjasama dengan United Malays National Organisation untuk mencuri undi. Tahun demi tahun United Malays National Organisation terus menang. Menipu dan mencuri undi telah menjadi satu seni untuk parti Ketuanan Melayu ini.

Mari kita semua renungkan kenapa perlu Ngo Tindak Malaysia melatih berpuluh ribu Pacaba – ejen mengundi, ajen mengira dan ajen di barong. Kenapa Bersih memerlukan 4 hingga 8,000 Pemantau. Kenapa di Kelantan dilatih hampir 2000 Pemantau Rakyat. Juga, kenapa Ngo ABU – Asalkan Bukan Umno – bergerak dan berkempen ke seluruh negara. Kenapa Solidariti Anak Muda (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) aktif memberi pencerahan tentang pilihan raya?

Jawabnya: kerana pilihan raya di Malaysia ini penuh dengan penipuan. Selama ini kemenangan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya ialah kemenangan dengan cara menipu undi. Kuasa yang dimiliki oleh parti Ketuanan Melayu ialah dengan cara tipu.

Tetapi , kali ini, pada 5 Mei 2013 semuanya akan berubah. Kali ini orang ramai bukan hanya sedar akan penipuan yang akan berlaku. Kalau dalam pilihan raya sebelum ini pengundi dan orang ramai menerima penipuan itu dengan hati yang sedih. Mereka pulang dengan jiwa gundah gulana satelah menerima kekalahan. Mereka melihat kuasa dan pihak yang berkuasa bagitu kuat sekali. Kali ini semuanya telah berubah.

Slogan warga Sabah – INI KALILAH – cukup tepat. Kemualan, kebencian dan rasa marah orang ramai yang selama ini ditipu dalam pilihanraya telah sampai ke tahap gaban. Kesabaran tidak mungkin dibendung-bendung lagi. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah dibodoh-bodohkan. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah di tarik hidung. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah ditakutkan dengan pelbagai undang-udang. Selama lebih dari 50 tahun rakyat telah diancam dengan ISA. Ini kali semuanya akan berubah. Ini kali rakyat akan bangun melawan.

Satelah diumumkan parlimen dibubar dan tarikh hari mengundi diketahui kelihatan keyakinan orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional semakin tersusun. Setiap malam ribuan warga penyokong Pakatan Rakyat turun mendengar ceramah penerangan. Ngo dari pelbagai sektor sedang aktif memberi pencerahan.

Malah Ngo ABU telah memulakan kempen untuk menghalang Mat Banga, Mat Indon atau Mat Myamar dari datang mengundi. Dengan jelas ABU telah memberi amaran kepada pendatang yang telah diberi kad pengenalan segera ini agar jangan datang menghampiri tempat mengundi.

Pada 5 Mei nanti – aktivis Pemantau Rakyat, SAMM, SMM, ABU dan ribuan anak muda Berbaju Kuning dari kerabat Bersih , Berbaju Hijau dari kerabat Himpunan Hijau, Berbaju Merah dari kerabat Royalti dan Berbaju Hitam dari kerabat SAMM – akan berkeliaran disekitar tempat mengundi. Anak-anak muda ini akan memantau untuk memastikan pengundi ‘haram’ ini tidak berani muncul. Tidak berani menunjukkan muka di kawasan mengundi.

Orang ramai sedar bahawa masih banyak tipu helah yang akan dijalankan oleh SPR dan kuncu-kuncunya. Orang ramai sedar bahawa pekerja SPR akan cuba melakukan penipuan secara licik. Kes tidak cukup borang 14, kes lampu padam, kes leterik di seluruh kawasan pengiraan undi putus akan terjadi. Kemasukan peti undi baru, peti undi ditukar ganti, penemuan banyak undi rosak – semua ini adalah trik-trik lama yang sering digunakan oleh barua United Malays National Organisatiuon untuk menang.

Sayugia diingatkan kepada pihak yang ingin menipu, kepada pihak yang merancang untuk menipu bahawa Bersih 1 , Bersih 2 , Bersih 3 dan Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 – adalah semboyan amaran. Semboyan amaran inio berbunyi : tipu pilihan raya pengundi akan turun ke jalan raya. (TT)

NOTA:
tulisan ini
telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN terkini
akhbar ini kini dikeluarkan 2 kali seminggu
hari selasa dan hari jumaat
boleh ditemui disemua kedai buku yang cool
atau pukul talipon:
03-92-21-40-45

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.