Home » All Post, Headlines, SAMM

DEKLARASI 13 MEI KEMUNCAK ACARA HARI PERPADUAN BANGSA DI DEWAN CINA

Submitted by on May 15, 2013 – 2:04 PMNo Comment

prog 13 mei 4

Kenyataan Terbuka
14 Mei 2013

DEKLARASI 13 MEI KEMUNCAK ACARA HARI PERPADUAN BANGSA DI DEWAN CINA

Walapun dengan tempoh notis tidak sampai dua hari, acara penting sempena sambutan 13 Mei berlangsung cukup meriah di dewan perhimpunan cina KLSCAH semalam. Pesta Rapat Rakyat “13 Mei: Hari Bangsa Malaysia – Selamatkan Demokrasi” berjalan dengan lancar dan mesej penting berjaya disampaikan.

Lebih tiga ribu hadirin pelbagai kaum memenuhi Dewan Cina hingga melimpah ke ruangan parkir di mana skrin besar dan audio jelas hingga ke luar pagar dewan. Acara yang menampilkan belasan pimpinan rakyat dari pelbagai parti politik dan aktivis itu turut didengari secara ‘live’ ke seluruh pelusuk dunia dengan 185 ribu jumlah pendengar dari stesen radio Suara Rakyat dan puluhan ribu pendengar lagi dari stesen Radio Bangsar.

Rapat Rakyat anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama mahasiswa SMM dan pelbagai NGO rakyat itu turut disemarakkan dengan kehadiran YB Nurul Izzah, YB Tian Chua, YB Sivarasa Rasiah, Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan), Hishamuddin Rais (Penghasut Rakyat), Dato’ Thamrin Ghaffar, Haris Ibrahim (Penggerak ABU), Datuk Taslim (NGO Islam) dan pimpinan mahasiswa dari pelbagai kaum manakala che’GuBard sebagai hos pengacara majlis. Beberapa kejutan turut berlaku antaranya dewan ‘blackout’ seketika dan lintasan di pentas beberapa kumpulan ‘flashmob tolak sentimen perkauman’ menggamatkan suasana.

Ini merupakan satu kejayaan rakyat berbilang bangsa apabila tanggal 13 Mei disambut penuh bermakna. Tarikh 13 Mei sering dimomokkan oleh pihak yang sentiasa mencari jalan memecah-belah kaum sebagai cara untuk mengekalkan kuasa, kini sudah menjadi hari sambutan rakyat bagi menentang sebarang bentuk sentimen perkauman.

Acara malam tadi turut dikongsikan mood protes rakyat terhadap penipuan pilihanraya apabila regime BN memilih isu perkauman sempit untuk mengambus dan menutup penafian demokrasi pada PRU 5 Mei lalu. Pemidato yang disusun membentang sorotan penipuan PRU berdasarkan pengalaman dan pemerhatian sumber dari petisyen yang bakal dibawa ke mahkamah.

Hadirin juga menyahut cabaran untuk turun ke jalanraya, mengambil kira inilah masanya untuk bertindak kerana jika rakyat tidak bertindak hari ini, maka datanglah 10 kali PRU dan rakyat tetap akan ditipu walaupun punya sokongan majoriti.

Justeru itu, di atas persembahan Rapat Rakyat ini, setiap hadirin yang berhimpun di Dewan Cina pada malam 13 Mei telah bangun dan menyatakan ikrar dalam satu deklarasi berikut;

DEKLARASI 13 MEI
Kami yang berhimpun di Dewan China Jalan Maharaja Lela pada malam 13 Mei 2013 sebulat suara :
1 – Mengistiharkan 13 Mei sebagai Hari Perpaduan Bangsa Malaysia dan menolak politik perkauman.
2 – Menolak keputusan PRU13 yang jelas kotor dan penuh penipuan. Mendesak SPR dibubarkan bagi membolehkan SPR baru yang lebih bebas dan adil dibentuk.
3 – Menggesa pilihanraya semula di kawasan yang jelas terdapat penipuan khususnya di 27 kawasan yang bukti nyata dikemukakan.
4 – Menggesa satu perhimpunan besar-besaran harus diadakan bagi mewakili aspirasi majoriti rakyat yang marah dengan PRU yang kotor dan menipu.

Ketetapan ini diakui oleh semua yang hadir, dibacakan oleh wakil-wakil anak muda SAMM dan SMM. Deklarasi ini juga diserahkan dalam tulisan tangan kepada Nurul Izzah bagi mewakili aspirasi politik baru.

Inilah yang dicapai sebagai sambutan Hari Perpaduan Bangsa Malaysia. Yakin dan percaya, rakyat akan terus bangkit melawan sentimen perkauman sempit dan juga melawan penafian demokrasi. Ini bukan lagi amaran, tetapi ini adalah janji !

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

prog 13 mei 3

dewan cina 2

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.