Home » All Post, Headlines

Warnakan 13 Mei Dengan Penyatuan Rakyat, Selamatkan Demokrasi

Submitted by on May 13, 2013 – 2:30 PMNo Comment

samm 13mei

Kenyataan Umum
13 Mei 2013

Warnakan 13 Mei Dengan Penyatuan Rakyat, Selamatkan Demokrasi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pertama sekali mengucapkan selamat menyambut Hari Bangsa Malaysia, 13 Mei. Satu tarikh yang telah menjadi sejarah akan diwarnakan dengan episod penyatuan rakyat.

Ketika Barisan Nasional cuba menyembunyikan pemerkosaan terhadap demokrasi dalam PRU13 baru-baru ini dengan mengapikan sentimen perkauman melampau, SAMM tampil dengan acara khas yang membabitkan pemimpin rakyat dari semua kaum, termasuk penampilan wakil mahasiswa dari pelbagai bangsa.

Bersempena dengan 13 Mei ini juga, SAMM dan penggerak mahasiswa SMM dengan kerjasama pelbagai NGO menganjurkan sebuah Rapat Rakyat “13 Mei: Hari Bangsa Malaysia – Selamatkan Demokrasi” pada malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH). Acara bermula jam 8 malam.

Rapat Rakyat yang berlangsung pada tarikh hari ini menjadi bukti betapa permainan perkauman tidak menghalang semangat penyatuan rakyat berbilang kaum itu disambut. Rakyat dengan berani keluar dan berhimpun pada tarikh ini, tiada apa lagi yang dapat dimomokkan kepada generasi hari ini.

Sudahlah demokrasi dinafi, rakyat disimbah pula dengan minyak tanah untuk dibakar sentimen perkauman. Kononnya pilihanraya 5 Mei adalah penolakkan satu bangsa. Namun semua sedar dan tahu, sebenarnya tarikh 505 adalah penolakkan semua bangsa terhadap perasuah dan pemain perkauman acuan penjajah. ‘Pre-emptive’ penolakkan besar terhadap Barisan Nasional ini telah mengundang rancangan kecurangan pilihanraya diatur dan hasilnya kemenangan rakyat dinafikan dalam sebuah pilihanraya terkotor dalam sejarah. Blackout505!

Maka atas sebab ini, semua wajib mengambil bahagian dalam rapat rakyat malam ini di KLSCAH.

Penganjur acara malam ini menyediakan ruang yang cukup untuk lebih 10ribu hadirin dengan tempat selesa di dalam dewan (bagi yang hadir awal) dan skrin besar di parkir yang berpagar. Ruangan parkir juga akan dikosongkan untuk beri ruang lebih ramai mampu dimuatkan dalam rapat rakyat malam ini. Kepada yang menaiki kereta, penganjur mencadangkan supaya meletak kenderaan di parkir stadium merdeka dan hanya perlu menyeberangi jalan (Maharajalela) melaui stesen monorail Maharajalela.

Hadirlah dengan pakaian hitam atau simbolik hitam sebagai tanda bersama pergerakan #Blackout505 dalam usaha mengembalikan kemenangan rakyat pada PRU13 dari keputusan SPR yang telah dilacurkan.

“Suara Rakyat Suara Keramat”

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia
www.anakmudamalaysia.com

Kepada warga media, satu sidang media akan berlangsung sebelum acara bermula. Semua warwatan dijemput memberi liputan dan meraikan.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.