Home » All Post, Headlines

Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari

Submitted by on June 20, 2013 – 4:24 PMOne Comment

flashmob padang

Kenyataan Umum
20 Jun 2013

Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505 yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013 di Padang Merbok menegaskan;

1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan.

2. Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah kita.

3. Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting.

4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara.

5. Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan ‘sleeping bag’.

Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara.

CHE’GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

One Comment »

  • War Lead says:

    apa sudah jadi??

    Anuar dan semua pemimpin PR dah angkat sumpah jadi Ahli Parlimen dan selaku Ketua Pembangkang di Parlimen, walaupun sebelum tu, mereka ni dok berceramah hasut rakyat mengatakan PRU13 adalah penipuan dan tidak SAH.

    apakah Angkat Sumpah Anuar dan ahlli-ahli Parlimen PR adalah SAH?? sekiranya benar PRU13 adalah penipuan??

    sedangkan, ahli-ahli SAMM berpanas berjerebu berkhemah tengah padang merbuk, berbaring atas jalan, dicota sebabprovok pihak polis. Tapi Anuar dan pemimpin PR boleh selamba angkat sumpah, siap bergelak ketawa di jamuan makan di ruang berhawa dingin.

    Ada ke ahli-ahli parlimen PR termasuk Anwar meluangkan masa ziarah ahli-ahli SAMM yang berkhemah? jika ada pun sekadar nak terus perbodohkan ahli-ahli SAMM?? sanggup ke Ahli-Ahli Parlimen ni tidur dalam khemah berpanas berembun tengah padang?? atau lebih senang atas tilam empuk di rumah?? cuma datang untuk ambil hati jekkk??

    siapa yang kena tipu sebenarnya?

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.