Home » All Post, Headlines, SAMM

FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN [WAJIB BACA & SEBAR]

Submitted by on June 12, 2013 – 10:39 AMNo Comment

SPR Tipu 505

FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN

1. Apakah tuntutan Suara Rakyat 505 kepada ahli-ahli Parlimen?
Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/tidak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24th Jun 2013

2. Kenapa?
Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan PR. Pakatan Rakyat telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga tidak mengiktiraf Barisan Nasional sebagai kerajaan

Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Ucapara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihanraya.

Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

3. Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat?
Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59 Klausa 2 , Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga 6 bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisyhtiharkan kosong.

Parlimen “Standing Order” juga menuntut Speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu Speaker untuk mengangkat sumpah

Pada 11 June 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini:
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/pkr-pandikars-threat-unlawful-exposes-blatant-bias/

4. Apakah yang akan terjadi kepada MP PR yang menyertai boikot?
Mereka akan terlepas dalam memilih Speaker Dewan.Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua MP PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.

5. Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan MP PR?
Ada sesetengah undang-undang yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, dan ada yang memerlukan majoriti ⅔ untuk diluluskan.

Untuk undang-undang dengan majoriti mudah,MP BN boleh meluluskannya tanpa kehadiran MP Pakatan. Untuk undang-undang dengan majoriti ⅔ , BN tidak boleh meluluskannya dengan ketiadaan MP Pakatan Rakyat.

Dalam mana-mana situasi, undang-undang baru memerlukan masa berminggu-minggu untuk dibawa ke Parlimen dan didebatkan,dirangka-semula, didebatkan lagi kemudian barulah ia diluluskan.Maka , mustahil bagi Parlimen untuk meluluskan undang-undang dalam masa 24jam. Jadi perkara ini tidak harus dirisaukan.

6. Pernahkah ia dibuat sebelum ini?
Ya,perkara ini adalah tindakan wajar yang biasa dilakukan dimana keputusan pilihanraya tidak diterima sebagai sah.

Sebagai contoh, pada tahun 2008, MP Mongolia memboikotsesi pertama Parlimen kerana mereka menganggap pilihanraya dipenuhi banyak penipuan. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm

Pada tahun 2011, ahli-ahli pembangkang Turkey juga boikot upacara angkat sumpah di Parlimen untuk menunjukkan protes terhadap beberapa MP yang dipenjara oleh Erdogan, yang kini berdepan dengan protes besar-besaran.
http://www.euronews.com/2011/06/28/turkish-mps-boycott-swearing-in-of-parliament/

Ada banyak lagi contoh seperti dibawah :
Sudan:http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251http://www.sudantribune.com/spip.php?article46251
Ghana: http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-20929592
Fiji: http://www.radioaustralia.net.au/international/2006-05-23/fiji-labour-party-boycotts-cabinet-swearing-in/743768
India: http://zeenews.india.com/news/west-bengal/13-parliamentary-secretaries-sworn-in-amid-opposition-boycott_824873.html

7. Dan dalam negara-negara ini, MP tidak kehilangan kerusi mereka?
Tidak. Sememangnya tidak.Inilah demokrasi. MP berhak untuk memboikot angkat sumpah kerana ini kebebasan meluahkan pendirian mereka.Ia sama seperti rakyat biasa yang memboikot sebarang acara/surat khabar kerana tidak berpuas hati dengannya. Mereka tidak kehilangan kerusi, malah mendapat liputan media secara meluas dlm masa yang sama menidakkan tuntutan kerajaan.

#SuaraRakyat505

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.