Home » All Post, Headlines

Kenyataan SAMM Sarawak: Anak Muda Bangkit Ke Tahap Seterusnya

Submitted by on June 25, 2013 – 12:47 PMNo Comment

SAMM gerak parlimen

Salam perjuangan,

Kenyataan saya merujuk kepada kejadian demo bantahan pagi tadi (24 Jun 2013). Saya dengan ini mengutuk sekeras kerasnya tindakan pihak berkuasa atas penangkapan NGO SAMM dan kumpulan aktivis anak muda, gabungan NGO SuaraRakyat505 di luar parlimen. Penangkapan yang dilakukan tadi jelas melanggar undang-undang yang telah diperuntukkan dalam artikel 10 perlembagaan iaitu kebebasan berhimpun dan bersuara.

Ia tidak mungkin akan mematahkan semangat malah akan membangkitkan lagi kuasa anak muda ke tahap seterusnya. Penangkapan seramai 32 orang tidak sama sekali akan menakut-nakutkan anak muda! Pihak berkuasa harus bersikap profesional dan berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara!

Pengerusi dan semua anggota Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang bertaraf kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) harus letak jawatan bagi memberi laluan pembentukan SPR baru yang lebih berkredibeliti.

Pesanan kepada Wakil Rakyat yang angkat sumpah berdegil atau takut kempunan memakai pakaian rasmi parlimen, kamu mungkin gelak ketawa ketika rakyat diluar dikasari oleh pihak berkuasa tetapi ambil peluang untuk tunjukan keadilan yang dilaungkan selama ini. Lebih malang lagi, kamu memilih untuk berdiam diri wahai wakil rakyat!

Kami tidak melawan sistem negara raja dan parlimen berperlembagaan ini tetapi atas maruah tanahair dan rakyat harus bersatu menyelamatkan masa depan. Kita tidak punya banyak pilihan! Saya memilih untuk tidak berdiam diri & tidak memilih untuk terus ditipu!

BEBASKAN MEREKA!

1. Abdullah bin Hassan
2. Adam Adli
3. Ahmad Hizami bin Mohd Hazir
4. Ahmad Shauqie bin Abdull Aziz
5. Ahmad Syukri ab Razab (SUARAM Coordinator)
6. Amirul Syazwan
7. Annie Mi Siew Lan
8. Badrul Hisham Shahrin @ Che’guBard
9. Edy Noor Reduan Samm
10. Ekhsan Bukharee (Aktivis pelajar ditahan di IPD Dang Wangi)
11. Hong chee Wang
12. Lew Chee Kong
13. Lim Sue Pei\Mah Chee Hoe
14. Dio Sani Samm
15. Mohd Fauzi
16. Mohd Mus’ab bin Abdul Habib
17. Mohd sofian bin Mat Dali
18. Mohd Yaser Bin Abd Rahman
19. Mohd Zairi bin Shafaai.
20. Muhamad Al-fateh Abdul Adzis
21. Muhamad hafizudin b Yahya
22. Muhammad Aiman Hakim bin Zainal Arifin
23. Akram Ahmar
24. Muhammad Aliff Hafiz Bin Zainuddin
25. Safwan Anang
26. Mythreyar
27. Nora Reformis Samm
28. Norazizi Samm
29. Sharifol Azmil
30. Tong Chan Sang
31. Ungku Amer Faez b. Ungku Fauzi
32. Wan Nor Farel Azli

AGI IDUP AGI NGELABAN!

Ray Thomas
Penyelaras SAMM Sarawak

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.