Home » All Post, Headlines, SAMM

Kenyataan Terbuka SAMM: Penangkapan aktivis di perkarangan Parlimen Malaysia

Submitted by on June 25, 2013 – 12:11 PMNo Comment

Kenyataan Terbuka
24 Jun 2013

Kenyataan Terbuka SAMM: Penangkapan aktivis di perkarangan Parlimen Malaysia

SAMM mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan pihak polis menahan aktivis di perkarangan Parlimen pada tanggal 24 hb Jun 2013.

Tindakkan pihak polis menahan 32 orang aktivis yang berhimpun di laluan masuk Parlimen Malaysia pada hari ini dilihat amat keterlaluan. Aktivis yang berhimpun secara aman sejak 2 hari yang lalu cuba menyampai mesej jelas secara aman agar SPR dibersihkan dan mendesak agar pimpinan SPR meletakkan jawatan serta dilakukan pembaharuan keatas badan tersebut.

Setelah tapak perkhemahan digempur secara kasar pada jam 430am dengan penglibatan anggota polis dan DBKL yang mulanya memberi jaminan bahawa peserta dibenarkan untuk berkhemah sehingga selepas Subuh, para aktivis mencari alternative untuk meluahkan rasa hati mereka. Selepas khemah mereka dirampas para aktivis bergerak untuk menyampaikan mesej mereka di laluan Parlimen. Dengan penyertaan hampir mencecah 300 orang para peserta berkumpul secara aman di laluan masuk parlimen dimana mendapat kerjasama penuh dari pihak polis awalnya.

Provokasi melampau dari segelintir anggota polis telah menyebabkan berlaku kekasaran yang boleh dielakkan. Para aktivis yang hadir cuma berbekalkan sepanduk dan kertas manila telah diprovok secara keterlaluan.Dimaklumkan seorang aktivis telah patah kakinya dan 3 orang lagi mengalami kecederaan serius

SAMM never give up

SAMM mendesak agar para aktivis dibebaskan tanpa syarat. Kerajaan perlu ingat bahawa tindakan menahan para aktivis ini akan menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati rakyat akibat penipuan dalam PRU yang lepas. Anak muda akan melihat ini sebagai signal bahawa kebebasanbersuara yang dilaung-laungkan di Malaysia hanya retorik.

Bebaskan segera aktivis rakyat

Ingat kita takut? jangan mengarut, kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN!

Azrizal Tahir
Pengarah Kewangan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.