Home » All Post, Headlines

PKR: Speaker tak patut pulau upacara angkat sumpah – Mkini

Submitted by on June 11, 2013 – 5:13 PMNo Comment

2_Fight

Naib presiden PKR N Surendran berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya “mengancam” untuk turut memulaukan upacara mengangkat sumpah bagi ahli dewan Pakatan Rakyat.

Katanya, walaupun Pandikar berkata demikian secara berjenaka, tindakan memulaukan upacara mengangkat sumpah itu menyalahi Perintah Tetap dan juga Perlembagaan.

Upacara mengangkat sumpah itu melibatkan MP Pakatan Rakyat yang enggan berbuat demikian pada pertama persidangan Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun.

Katanya, Perintah Tetap itu antara lainnya mewajibkan setiausaha Dewan Rakyat menerima angkat sumpah dari mana-mana ahli dewan yang ingin melafazkan sumpah.

“Ini jelas daripada Perintah Tetap 5(2) yang menyatakan bahawa ahli yang belum pernah angkat sumpah boleh menghadirkan diri dalam sidang dewan dan boleh mengangkat sumpah.

“Di bawah Perintah Tetap, setiausaha Dewan Rakyat terikat untuk mengendalikan sumpah kepada mana-mana Ahli Parlimen yang belum lagi mengangkat sumpah.

“Yang Dipertua dan BN tidak mempunyai kuasa apa pun untuk menolak angkat sumpah daripada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat,” kata Surendran.

BERKAITAN

PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

MP gesa DAP, PAS pulau majlis angkat sumpah – Malaysiakini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.