Home » All Post, Headlines

Tian Chua: Demo sampai bos SPR letak jawatan – mkini

Submitted by on June 19, 2013 – 11:42 AMOne Comment

20130319_001340

Perhimpunan Black 505 anjuran Pakatan Rakyat di seluruh negara yang bermula selepas pilihan raya umum 5 Mei lalu akan diteruskan dan tidak akan tamat selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak berundur.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata demikian dalam wawancara semalam.

“Saya tidak rasa SPR boleh bertindak menentang hasrat rakyat.

“Lima tahun lalu, orang ramai beritahu saya bahawa kerajaan tidak akan sekali-kali memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tetapi akhirnya mereka buat,” katanya ketika ditanya tentang penolakan berulang kali pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gesaan meletakkan jawatan.

“Kita sampai tengah malam di Parlimen untuk meluluskan undang-undang pilihan raya, yang dipersetujui kedua-dua pihak, yang jelas menyebut dakwat kekal mesti tahan tujuh hari.

“SPR kemudian dengan senang-senang melanggar undang-undang itu,” katanya, empat hari sebelum perhimpunan besar mempertikaikan keputusan pilihan raya di Padang Merbok Kuala Lumpur.

One Comment »

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.