Home » All Post, Headlines, Sabah, SAMM

Penahanan 14 Aktivis Bantah TPPA Tidak Wajar

Submitted by on July 21, 2013 – 1:24 PMNo Comment

TPPA Sabah

Kenyataan Terbuka
21 Julai 2013

Penahanan 14 Aktivis Bantah TPPA Tidak Wajar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk penahanan 14 aktivis Badan Bantah TPPA termasuk 11 aktivis yang ditahan ketika melakukan bantahan di hadapan Sutera Habour Kota Kinabalu, tempat di mana rundingan perjanjian TPPA yang penuh kerahsiaan berlaku. Manakala 3 lagi aktivis ditangkap di hadapan IPD Karamunsing ketika bersolidariti terhadap aktivis yang sedang ditahan.

SAMM melihat negara ini sudah kembali ke zaman pra-kemerdekaan apabila rakyat yang memegang sepanduk bantahan ditangkap dan diheret ke lokap. Lebih malang apabila diketahui, penahanan 14 aktivis ini adalah di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya dan OKT perlu menjalani ujian air kencing sebelum disoal siasat. Ini satu penghinaan terhadap rakyat khususnya di Sabah.

Dalam isu TPPA ini, apakah lagi caranya untuk rakyat menyatakan bantahan sedangkan rundingan perjanjian tersebut dilakukan secara rahsia. Di manakah saluran yang tepat ketika usul perbahasan di parlimen juga ditolak ?

Sehari sebelumnya, SAMM turut berperanan menjayakan sebuah himpunan Bantah TPPA di hadapan Masjid Wilayah, Jalan Duta. Penerangan mengenai TPPA disampaikan oleh beberapa pimpinan NGO dan mahasiswa seterusnya satu perarakan menghantar memorandum kepada wakil MITI di Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta.

SAMM difahamkan, rundingan ke 18 perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) sedang berlangsung di Sutera Habour, Kota Kinabalu. Walaupun rundingan berlangsung K.Kinabalu yang bertujuan mengelak dari protes yang lebih besar, namun rakyat tetap menzahirkan bantahan sebagai petunjuk awal bahawa TPPA ditolak oleh rakyat Malaysia.

Masih ramai yang belum memahami sepenuhnya tentang bahana Perjanjian TPPA yang mampu menggoncang kedaulatan negara. Bagi SAMM, persoalan yang paling jelas di sini ialah mengapa perbincangan perjanjian TPPA berlangsung dengan penuh kerahsiaan?

Jika benar rundingan dan perbincangan ini membawa seribu kebaikkan terhadap rakyat Malaysia, sudah pasti rakyat dimaklumkan dari awal sebelum bermulanya perbincangan pertama.

Justeru itu, SAMM mendesak supaya kerajaan bertindak dengan lebih bertamadun dalam menghadapi siri bantahan TPPA yang lebih besar di masa akan datang dan mengingatkan bahawa rakyat punya saluran dalam perlembagaan yang membolehkan perhimpunan dan protes berlaku secara aman.

Sekian

Mohd Faizal Ab Rahman
Penyelaras Hubungan Antarabangsa
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.