Ratu Cantik: Mufti Harus Dakwah, Bukan Dakwa
Kenyataan Umum
26 Julai 2013
Ratu Cantik: Mufti Harus Dakwah, Bukan Dakwa
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan sokongan terhadap fatwa yang melarang penyertaan wanita berugama Islam masuk pertandingan ratu cantik. Namun dalam masa sama, SAMM melihat tindakan ugutan untuk mendakwa peserta kononnya menghina Islam itu sebagai tidak wajar.
Perihal penyertaan wanita muslim ke pertandingan ratu cantik kini menjadi perhatian maka pihak mufti atau pejabat agama bertindak mengambil kesempatan untuk dakwah, bukan dakwa. Inilah peluang yang baik untuk menerangkan kepada semua bahawa Islam itu ad-din dan adil.
Kesempatan ini juga harus digunakan sebaiknya demi membetulkan persepsi bahawa Islam ini agama yang tidak ‘cool’ dan ketinggalan. Malah memberi kefahaman khususnya kepada umat islam sendiri yang terpesong adalah sepatutnya lebih diutamakan daripada mengambil jalan menghukum.
SAMM juga mendesak supaya pihak mufti tampil segera menjawab persoalan yang timbul iaitu jika soalnya ialah dedah aurat, bagaimana pula dengan sukan renang dan gimnastik?
Sekian
che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)