Home » All Post, Headlines, SAMM

Perutusan Aidilfitri SAMM Kebangsaan

Submitted by on August 6, 2013 – 7:58 PMNo Comment

selamat hari raya dari SAMM

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Kehadiran Syawal kali ini amatlah bermakna bagi semua komrad Solidariti Anak Muda Malaysia. Sambutan Aidilfitri adalah simbol kemenangan dari kesabaran setelah sebulan menyempurnakan ibadah berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan kesederhanaan dan penuh tawaduk.

Namun perjuangan memartabatkan rakyat tanahair ini tetap diteruskan oleh SAMM di seluruh negara, melibatkan ratusan program SAMM Kebangsaan, SAMM peringkat negeri dan zon sepanjang ramadhan ini. Anak muda progressif sentiasa di depan dalam memastikan rakyat terbela dalam negara bertuah ini, itu janji kami dari SAMM.

Kini hari kemenangan telah tiba, kesedaran demi kebangkitan anak muda diteruskan tanpa henti. InshaAllah di penghujung syawal nanti, akan berlangsungnya satu acara terbesar buat anak muda yang mengenal radikal sebagai jalan perjuangan di nusantara ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan kepada semua, salam Eidul Fitri Mubarak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

che’GuBard dan SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.