Home » Melaka

SAMM Melaka Mengucapkan Salam Eid Fitri.

Submitted by on August 7, 2013 – 4:38 PMNo Comment

1419_615776791800393_1746543215_nraya

Bismillahirrahmanirrahim…

Allahuakbar! Allhuakbar! Allahuakbar!

Assalamulaikum dan salam perjuangan buat semua.

Ramadhan kian melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita semua. Kini giliran syawal dan Aidil Fitri pula mengambil tempatnya. Semoga datang dan perginya Ramadhan dan syawal itu nanti memberikan satu kesan dan dikurniakan seribu satu anugerah keberkatan dari sang pencipta terhadap kita yang bernama manusia.

Sempena kehadiran syawal dan Aidil Fitri ini saya dan seluruh keluarga Solidariti Anak Muda Malaysia negeri Melaka (SAMM MELAKA) ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Dikesempatan ini kami ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan dan kesalahan yang disengajakan atau tidak yang mungkin pernah menyinggung hati dan perasaaan anda semua. Kami memohon seribu satu keampunan dan kemaafan. Perjuangan memartabatkan rakyat tanah air Malaysia ini akan kami teruskan dan semoga kita terus bersama dilandasan tersebut. Buat adik beradik SAMM seluruh Malaysia kami mengambil kesempatan mengucapkan tahniah di atas tanggungjawab besar yang digalas selama ini yang mana kalian tidak pernah kenal erti takut dan putus asa. Salam Eidul Fitri….

“Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata”

Zuraidi Abdullah
Penyelaras SAMM Negeri Melaka.

selamat hari raya dari SAMM

Perutusan Aidilfitri SAMM Kebangsaan

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Kehadiran Syawal kali ini amatlah bermakna bagi semua komrad Solidariti Anak Muda Malaysia. Sambutan Aidilfitri adalah simbol kemenangan dari kesabaran setelah sebulan menyempurnakan ibadah berpuasa, menahan lapar dan dahaga dengan kesederhanaan dan penuh tawaduk.

Namun perjuangan memartabatkan rakyat tanahair ini tetap diteruskan oleh SAMM di seluruh negara, melibatkan ratusan program SAMM Kebangsaan, SAMM peringkat negeri dan zon sepanjang ramadhan ini. Anak muda progressif sentiasa di depan dalam memastikan rakyat terbela dalam negara bertuah ini, itu janji kami dari SAMM.

Kini hari kemenangan telah tiba, kesedaran demi kebangkitan anak muda diteruskan tanpa henti. InshaAllah di penghujung syawal nanti, akan berlangsungnya satu acara terbesar buat anak muda yang mengenal radikal sebagai jalan perjuangan di nusantara ini.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. Kesempatan ini juga SAMM mengucapkan kepada semua, salam Eidul Fitri Mubarak.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

che’GuBard dan SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.