Home » All Post, Headlines, SAMM

Jelajah Bantah TPPA 14 Lokasi Seluruh Negara Bermula – KeadilanDaily

Submitted by on September 16, 2013 – 11:40 PMNo Comment

jadual jelajah

KUALA LUMPUR 16 SEPTEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Gabungan Membantah TPPA (BANTAH) mengadakan siri ceramah di 14 lokasi di seluruh negara.

Ceramah membantah TPPA (Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik) akan bermula di lokasi pertamanya di Taman Melati, Gombak pada hari Selasa, 17 September bermula jam 8.30 malam.

Antara barisan penceramah ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, penyelaras SAMM Kebangsaan, CheguBard, aktivis politik Hishamuddin Rais dan wakil mahasiswa Adam Adli.

SAMM dalam kenyataan sebelum ini menyatakan rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa perjanjian TPPA adalah ‘keganasan ekonomi’ oleh konglomerat bertaraf dunia.TPPA

“Kerajaan sebelum ini mengumumkan perjanjian TPPA tidak akan ditandatangani ketika kedatangan Presiden (Amerika Syarikat) Obama di Kuala Lumpur seperti yang dijadualkan pada bulan depan.
“Namun ramai yang tidak sedar proses metrai perjanjian TPPA hanyalah satu penangguhan.
“Ia tetap akan berlaku setelah pasukan perunding mencapai ‘kata sepakat’ yang dinafi dari pengetahuan umum.

“Jelajah #bantahTPPA berbentuk ceramah umum merangkumi 13 lokasi di seluruh negara dengan agenda utama memobilisasi satu demonstrasi besar di KLCC pada 11 Oktober depan,” kenyataan SAMM dipetik.

Berikut senarai jelajah Bantah TPPA:

JADUAL JELAJAH #bantahTPPA MENJELANG DEMONSTRASI ANTI-TPPA | KLCC | 11 OKT 2013

SEPT 17 | TAMAN MELATI | WANGSA MAJU | K.LUMPUR (KICK-OFF) | 012-2231239
SEPT 19 | BUKIT GEDONG | BAYAN BARU | P.PINANG | 017-4760274
SEPT 20 | DEWAN KG BERJAYA | ALOR SETAR | KEDAH | 017-5568557
SEPT 21 | DATARAN RAKYAT DUN INDERA KAYANGAN | KANGAR | PERLIS | 019-4342244
SEPT 24 | MERU | IPOH | PERAK | 019-3039240
SEPT 26 | KOMPLEKS PENDIDIKAN ISLAM, BADAK (KPI) | BACHOK | KELANTAN | 019-9317608
SEPT 27 | JALAN GONG PASIR | DUNGUN | TERENGGANU | 019-9809974
SEPT 28 | PADANG BALOK MAKMUR | KUANTAN | PAHANG | 017-9140090
OKT 1 | PUSAT KHIDMAT DUN KUALA KURAU | PARIT BUNTAR | PERAK I 012-5595258
OKT 4 | PUSAT KOMUNITI BAKRI-BENTAYAN | MUAR | JOHOR | 013-7133652
OKT 5 | TAMAN ASEAN | BANDAR MELAKA | MELAKA | 012-2478016
OKT 6 | TAMAN TASEK JAYA, SENAWANG | SEREMBAN | N.SEMBILAN | 018-3510949
OKT 8 | DEWAN SERI SEKINCHAN | SELANGOR | 012-3312364
OKT 10 | GRAND FINALE | KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU | 010-2675872

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.