Home » All Post, Headlines, N.Sembilan

SAMM N9 Sokong Kenaikkan Minyak, Kerana Duit Den Botingkek-Tingkek!

Submitted by on September 9, 2013 – 9:21 AMNo Comment

flashmob-seremban

Beratus-beratus pengguna jalanraya yang melalui Jalan Seremban–Tampin, ketika menghampiri Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang lewat petang semalam, pada mulanya berasa pelik dengan kain rentang yang dipegang oleh lebih 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Ini ialah kerana dikala rakyat mengeluh atas kenaikan harga minyak, badan bukan kerajaan (NGO) ini pula nampak seolah-olah menyokong kenaikan harga minyak.

Namun setelah meneliti sejenak slogan-slogan yang terpapar pada kain rentang tersebut barulah pemandu kenderaan dan pengguna jalan raya yang mula memahami maksud yang tersirat, membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan kepada ‘flashmob’ tersebut.

Slogan-slogan yang terpapar dalam kain rentang tersebut ialah seperti ‘Bunyikan hon tanda syukur kepada BN atas kenaikan harga minyak’, ‘Kami sokong harga minyak naik sebab kami isi kereta dan motor guna air’.

‘Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak’ dan ‘Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik’.

Takpoo……BR1M kan adoo

Sebuah kain rentang dalam loghat Negeri Sembilan turut menarik perhatian pengguna jalanraya.

‘Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek’.

Slogan tersebut bermaksud ‘Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat’ (duit banyak menimbun-nimbun).

Penyelaras Bersama SAMM, Norazizi A Aziz berkata SAMM Negeri Sembilan mengambil pendekatan yang berbeza kali ini jika dibandingkan dengan ‘flashmob’ yang dianjurkan oleh SAMM di negeri-negeri lain.

“Sememangnya kami membantah kenaikan harga minyak ini. Walaubagaimanapun kami membantah dengan memaparkan kain rentang yang menyokong kenaikan ini dalam bentuk ‘sinikal’.

“Kalau diikutkan daripada respon pengguna jalanraya, mereka faham mesej kami dan slogan kami. Sebab itu mereka membunyikan hon bila melalui ‘flashmob’ ini.

“Kami mahu kerajaan mendengar rintihan rakyat di peringkat bawahan yang berpendapatan rendah kerana yang merasai bebanan kenaikan harga minyak ialah rakyat bawahan dan bukannya pemimpin atasan.

“Saya juga menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersedia elaun beliau dipotong untuk sama-sama merasai bebanan dan kesulitan yang ditanggung oleh rakyat.

“Pemotongan elaun Menteri Kabinet mampu mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara kerana akan berlaku penjimatan perbelanjaan dana kerajaan.

“Bagaimanapun, saya berharap kenyataan beliau tidak bersifat retorik tetapi saya berharap beliau mempunyai kesungguhan untuk membawa cadangan memotong elaun Menteri dan Timbalan Menteri ke mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet pada minggu hadapan.

“Dari situ kita boleh melihat apakah beliau benar-benar mahu merasai keperitan rakyat dan mahu menjimatkan perbelanjaan negara,” jelas Norazizi

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.