Home » All Post, Headlines

Zahid Hamidi ‘Menteri Acah’ Harus Perjelas Kelakuan Jenayah Sendiri

Submitted by on September 10, 2013 – 9:02 AMNo Comment

zahid-hamidi

Kenyataan Umum
9 September 2013

Zahid Hamidi ‘Menteri Acah’ Harus Perjelas Kelakuan Jenayah Sendiri

Hari ini terbaca kenyataan menteri dalam negeri, Zahid Hamidi kononnya ‘akan’ dedah ahli politik terlibat kongsi gelap.

Ini bukan acahan pertama bagi Zahid. Nampaknya strategi acahan ini menjadi skill politiknya sejak dahulu lagi.

Ramai masih tidak lupa ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan, pernah menyatakan akan menamakan ahli politik (dengan menggambarkan PR) yang menjadi dalang pencerobohan sulu.

Pengumuman itu diulang-ulang menjadi bahan kempen pilihanraya tetapi sehingga kini masih tiada pendedahan siapa ahli politik yang dimaksudkannya. Zahid ternyata bersalah kerana melindungi maklumat pengkhianatan negara maka Zahid juga jatuh kianat, atau kenyataan sedemikian hanya taktik propaganda ‘acahan’ semata-mata.

Selaku Menteri Dalam Negeri, dia juga sebenarnya telah hilang kredibiliti kerana dirinya pernah umum konon demi menggambarkan terlalu banyak jenayah berlaku sehingga majlis rasmi di kawasannya ada kongsi gelap hadir dan minta wang perlindungan.

Namun sehingga kini juga pengumuman itu tinggal acahan sahaja tanpa ada sebarang tindakan. Adakah kerana Zahid takut dengan pengutip wang perlindungan kerana rahsia penipuan pilihanraya di tangan kongsi gelap atau ia hanya cerita yang sengaja diada-adakan untuk menyakinkan rakyat bahawa jenayah sudah tidak terkawal maka ISA dan perbagai undang-undang kuno boleh dikembalikan.

Itu belum lagi menyebut betapa Zahid pernah mengacah kononnya sanggup ke mahkamah Peranchis untuk jadi saksi tetapi kemudian memberikan alasan membazir untuk tidak ke sana. Rakyat juga tidak lupa bagaimana dia mengacah konon menjadi hero reformasi melawan mahathir tetapi akhirnya menikus apabila keluar tahanan ISA.

Dalam sisi lain, Zahid juga tidak boleh diketepikan keberaniannya bukan sekadar mengacah. Dia dikaitkan dengan kes pukul atau cubaan bunuh seorang pemuda di mana akhirnya kes tersebut disenyapkan. SAMM telah memperolehi salinan video dan buku berkenaan kes tersebut dan akan mencetak sebanyak 10 ribu naskah untuk tontonan awam bagi mendesak penjelasan. SAMM juga mendesak pemuda tersebut diberi ruang media bagi memperkatakan kes tersebut.

Persoalannya, bagaimana Zahid mampu menjadi menteri yang menjaga keselamatan rakyat sedangkan diri sendiri terpalit tuduhan jenayah?

Akhir sekali SAMM meminta Zahid berhenti bermain politik acah kerana ia amat tidak sesuai dengan kedudukannya selaku menteri penting. Rakyat mahukan menteri yang tegas bukan setakat ‘propa’ mengacah.

SAMM bersama dalam sebarang usaha perangi jenayah tetapi menteri dalam negeri sendiri harus tampil menjelaskan jenayah yang konon dikaitkan dirinya.

CHE’GUBARD
Ketua Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.