Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, Melaka, SAMM

Anak Muda Melaka Sudah Bersedia #BantahTPPA

Submitted by on October 6, 2013 – 9:31 AMNo Comment

1379806_644855602225845_1470881753_n

KENYATAAN UMUM 6 OKTOBER 2013

Anak Muda Melaka Sudah Bersedia #BantahTPPA

Alhamdulillah syukur kehadrat Yang Maha Esa, program Jelajah #BantahTPPA (Trans-Pacific Parnership Agreement) dan Bantah Kenaikan Harga Minyak Peringkat Negeri Melaka telah pun berjaya diadakan di Dewan PAS Bukit Katil. Di sini pihak Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program tersebut termasuklah pihak PAS Bukit Katil dan Kolektif Tanduk Kerbau. Tidak lupa juga kepada AIDS Council, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) serta Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di atas dedikasi mereka menjayakan jelajah ini di seluruh negara.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka percaya dengan berjayanya program penerangan ini sekurang-kurangnya rakyat Negeri Melaka mendapat gambaran serba sedikit tentang TPPA (Trans-Pacific Parnership Agreement) dan bersama membantah perjanjian jahat ini dari dimetrai. Dengan ini pihak Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka berpendapat rakyat Negeri Melaka sudah bersedia untuk turut serta turun ke KLCC 11 Oktober ini untuk demonstrasi besar-besaran membantah Perjanjian TPPA (Trans-Pacific Parnership Agreement) ini.

Dengan berbaki beberapa hari sebelum tarikh keramat 11 Oktober ini, InsyaAllah penerangan yang diberikan itu boleh dihebahkan dan disebarkan dengan meluas untuk menarik rakyat seramai mungkin untuk turun ke KLCC 11 Oktober ini.

1380100_4997008457417_985698234_n

Sebelum itu jangan lupa satu lagi sejarah bakal dicipta dalam pentas penutup Jelajah #BantahTPPA yang bakal meletakkan Tun Dr Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sepentas pada malam 10 Oktober ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Berjumpa kita di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada malam 10 Oktober ini dan jangan lupa tarikh 11 Oktober ini di KLCC jam 2.30 petang.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Sazali ‘Ken’ Mohamad

Pengarah Propaganda

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.