Home » All Post, Headlines, Kenyataan Media, Melaka, SAMM

Malam ini “Jelajah Penerangan Isu TPPA dan Kenaikkan Harga Minyak Peringkat Negeri Melaka”.

Submitted by on October 5, 2013 – 10:38 AMNo Comment

1380389_575424742495302_1512012973_n

KENYATAAN UMUM 5 OKTOBER 2013

Jelajah Penerangan Isu TPPA dan Kenaikkan Harga Minyak Peringkat Negeri Melaka ini tetap akan diteruskan.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka tetap akan meneruskan program penerangan isu TPPA dan kenaikan harga minyak serta mengajak orang ramai turun ke KLCC 11 Oktober ini walaupun Presiden Amerika Syarikat Barak Obama telah menagguhkan kedatangannya ke Malaysia.

Kepada rakyat Negeri Melaka khususnya, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka menggesa seluruh warga Melaka yang mengecam, menolak dan membantah perjanjian jahat ini untuk sama-sama turun ke Bukit Katil untuk mendengar penjelasan dari panel-panel penceramah yang dijemput. Isu TPPA ini amat kurang dimainkan di media arus perdana mahupun dari lidah parti-parti politik sendiri dan ia menyebabkan rakyat amat kurang faham dan didedahkan tentang betapa jahatnya perjanjian ini. Tolak ke tepi seketika fahaman politik dan hadir mendengar penjelasan yang bukan sahaja dari ahli politik tetapi juga dari aktivis-aktivis serta wakil dari Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Bagi demonstrasi KLCC 11 Oktober ini Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka ingin menggesa bahawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat ‘John Kerry’ yang diutus sebagai wakil Presiden Amerika Syarikat itu perlu disambut dengan ‘gilang gemilang’ dan penuh dengan semangat penolakan dari seluruh rakyat Malaysia seperti yang berlaku di negara-negara lain. Kerajaan Amerika Syarikat dan seluruh dunia perlu tahu bahawa rakyat Malaysia juga menolak perjanjian jahat yang penuh dengan agenda-agenda tersembunyi ini.

Berjumpa kita MALAM INI di Bukit Katil dan bawakan semangat serta emosi penolakan TPPA tersebut ke KLCC 11 Oktober ini.

Ceramah Jelajah BANTAH TPPA & KENAIKAN HARGA MINYAK PERINGKAT NEGERI MELAKA.
05 OKTOBER 2013. 
9.00 MALAM. 
DEWAN PAS BUKIT KATIL/BUKIT BAYAN.
YB TIAN CHUA – Che’guBARD – HISAMUDIN RAIS – ADAM ADLI – SAFWAN ANANG – PAK LAN (WAKIL MTEM) – YB SHAMSUL ISKANDAR – YB GOH LEONG SAN – ADLI ZAHARI.
Semua dijemput hadir dan mohon sebarkan.
“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Sazali ‘Ken’ Mohamad
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Melaka

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.