Home » All Post, Headlines, SAMM, Terengganu

Ejen CIA: SAMM buat laporan polis – Sinar Harian

Submitted by on November 18, 2013 – 10:26 AMNo Comment

samm ganu

KUALA TERENGGANU – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Terengganu membuat satu laporan polis berhubung dakwaan berkaitan wujudnya tuduhan bahawa peguam negara mempunyai kaitan dengan ejen CIA.

Penyelarasnya, Ahmad Rafzi Ramli berkata, laporan yang dibuat serentak dengan SAMM di seluruh negeri itu turut menggesa supaya siasatan dilakukan serta mengambil serius terhadap perkara yang membabitkan soal keselamatan negara.

“Kita menggesa pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan serius ke atas wujudnya tuduhan bahawa peguam negara terkait dengan ejen CIA.

“Sebelum ini dakwaan berhubung wujud satu akaun bersumpah menggambarkan penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membuat tuduhan bahawa peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dengan ejen perisikan asing (CIA).

“Ini merupakan satu perkara yang serius kerana di bawah peguam negara dimaksudkan banyak penyelewengan telah berlaku yang merugikan negara dan ini mungkin berlaku kerana dia terlibat selaku ejen negara asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis pada jam 3 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Sebelum ini, Mahathir mendedahkan terdapat ejen CIA bekerja di pejabat peguam negara dan laporan tersebut disiarkan The Malaysian Insider pada 6 November lalu bahawa Mahathir menimbulkan isu dua pegawai CIA itu kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam masa sama, Ahmad Rafzi menggesa pihak berkuasa menahan dan menyiasat peguam negara berdasarkan dakwaan yang telah dibuat sebelum ini, di samping turut menyiasat Mahathir jika peguam negara tersebut tidak terlibat.

“Kenyataan Tun yang dibuat mengenai perkara itu boleh mengganggu-gugat keamanan dalam negara,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan berhubung perkara sama yang akan diadakan secara besar-besaran di Balai Polis Dang Wangi sekiranya pihak berkuasa menganggap perkara itu sebagai kes terpencil.

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.