Home » All Post, Headlines, Sarawak

SAMM nyatakan solidariti terhadap penduduk pribumi Baram dan Murum, desak henti bina Empangan musnahkan kehidupan

Submitted by on November 18, 2013 – 10:14 AMNo Comment

 

Kenyataan Umum
16 November 2013

Solidariti terhadap penduduk pribumi Baram dan Murum, desak henti bina Empangan musnahkan kehidupan

Pada 11 – 13 November lepas SAMM bersama sekutu telah memasuki belantara Baram bagi menyatakan solidariti kepada masyarakat setempat yang bangkit menghalau pekerja dan jentera yang terlibat projek pembinaan empangan Baram dan membina kem bagi mengawal jalan masuk ke tapak projek tersebut.

Rombongan ini juga bagi tujuan menghantar bahan bantuan seperti makanan asas dan lain – lain bagi membantu mereka yang meninggalkan kampung halaman bagi berkhemah mempertahankan hak.

Projek tersebut diteruskan tanpa berbincang dengan orang ramai yang terlibat. Jika empangan ini dibina maka berpuluh perkampungan akan tenggelam dan beribu keluarga terpaksa berpindah dan hilang penempatan serta sumber pendapatan. Tidak ada sebarang perbincangan serius dibuat melibatkan penduduk oleh pihak berkuasa mahupun kontraktor. Menurut penduduk setempat yang ditemui wakil rakyat kawasan tersebut (BN) menyatakan bahawa projek tersebut masih diperingkat perancangan namun ternyata ia penipuan kerana papan tanda projek sudah dinaikkan dan jentera berat sudah mula masuk dan membuat kerja.

Hilang sabar penduduk bangkit dan menghalau semua jentera dan pekerja keluar dari kawasan tapak pembinaan projek. Mereka kemudian membina 2 tapak perkhemahan bagi menghalang dua laluan masuk ke kawasan yang akan dibina empangan itu.

Ada yang berjalan kaki selama beberapa hari bagi hanya untuk hadir bersama penduduk kampung lain bagi sama menyatakan bantahan dan menghalang pembinaan empangan ini. Oleh kerana keadaan kem yang tak sempurna dan bekalan sumber yang terhad minggu lepas seorang warga tua telah meninggal dunia di kem ‘blocked’ Bt. 15. Kezaliman terhadap penduduk setempat berganda selain dizalimi kerana projek ini menceroboh hidup mereka lebih malang lagi semua usaha dan kegigihan penduduk ini telah digelapkan oleh media.

Menurut Sdr. Philip, yang bertindak menyelaras bantahan yang juga antara aktivis aktif dalam organisasi “Selamatkan Sungai Sarawak” menyatakan pihak terbabit telah bertindak melanggar banyak undang – undang dan prosedur contohnya tidak wujud langsung laporan EIA (kajian kesan alam sekitar) dilakukan sebelum memulakan projek.

Bagi SAMM projek Empangan besar seperti ini jelas hanya memusnahkan alam sekitar dan hanya bersifat mewujudkan projek bagi mengalirkan wang kepada pihak berkepentingan semata. Apa keperluan empangan besar lagi ? Negara sudah punya rizab lebihan tenaga yang banyak dan Bakun sendiri projek gajah puteh sehingga terpaksa memikirkan untuk menyalurkan tenaga ke semenanjung semula melalui kabel bawah tanah, maka apa keperluan satu lagi empangan di Baram ?

Kerajaan Negeri Sarawak di bawah pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dituduh mencabul hak asasi Orang Asal Sarawak secara konsisten dan berterusan melalui pemusnahan alam sekitar secara terancang di negeri itu.

Ini bukan perkara baru  sebelum ini pembinaan empangan janakuasa hidroelektrik di Bakun, Murum dan kini di Baram yang menyaksikan orang-orang asal dipaksa untuk tinggal di penempatan semula, kerajaan negeri Sarawak turut dituduh merampas tanah milik orang asal untuk pembalakan haram, menyebabkan limpahan air sungai akibat dari pembinaan tiga empangan mega di Batang Ai, Bakun dan Murum dan sembilan lagi empangan di Baram dan daerah-daerah lain.

Sudahlah pembalakan berleluasa memusnahkan persekitaran yang kemudian diparahkan dengan kegiatan memindahkan monokultur minyak kelapa sawit secara berleluasa ke kawasan orang asal dan pencemaran di persisiran pantai Sarawak yang dihasilkan oleh industri-industri peleburan di kawasan industri (SCORE).

Sesungguhnya pemusnahan alam sekitar secara terancang dan dahsyat ini telah membawa kesan yang tidak dapat dibaikpulih kepada komuniti bumiputera Orang Asal.

Perlu disedari orang pribumi inilah yang telah melindungi hutan sejak zaman-berzaman sebagai sumber makanan, kawasan ladang kecil-kecilan, tempat penempatan (rumah panjang), tempat penyembahan dan tanah pengebumian mereka

Kehidupan mereka dan adat resam mereka bergantung kepada tanah-tanah mereka serta hutan-hutan yang tidak diteroka. Tanah adalah jiwa orang asal.

Komuniti Orang Ulu (kenyah, kayan dan Penan) sejak Oktober 23 telah mendirikan khemah ‘kem blocked’ bagi menghalang kerja-kerja pembinaan Empangan Baram daripada terus dijalankan.

Mereka, secara aman, telah meminta para pekerja di Empangan Baram untuk meninggalkan kawasan tersebut. Para pekerja empangan telah memenuhi permintaan mereka dan meninggalkan lokasi pembinaan secara aman. Kerja-kerja pembinaan Empangan Baram yang dilakukan telah dihentikan.

Gambar yang sempat dirakam sepanjang Expedisi Solidariti Baram SAMM Sarawak

 3 buah kenderaan pacuan 4 roda digunakan untuk membawa bantuan dan rombongan ke belantara Baram bertolak dari Bandaraya Miri pada 11 November
 Ray (Penyelaras SAMM Sarawak), Zulhaidah (Timbalan Ketua AMK Sarawak) turut kelihatan Irang (kanan sekali) yang merupakan pemandu cekap yang membantu che’GuBard sepanjang lawatan
 Setelah merdeka sekian lama dan Sarawak antara penyumbang terbesar kekayaan negara tetapi jaringan jalanraya cukup teruk
 Keadaan Kem blocked di Long Lama.
Sebahagian dari bahan bantuan yang disampaikan kepada mereka
 Jalan masuk ke tapak projek melalui Long Lama yang ditutup oleh komuniti orang asal
 aktivi sungai seperti ini akan hilang kerana empangan akan mengeringkan sungai yang indah ini
 Gelang ‘perlindungan’ pemberian wakil kaum Penan
 Di Kem ‘blocked’ Bt. 15, Baram iaitu satu lagi kawasan khemah yang dibina bagi menghalang kemasukan ke kawasan projek empangan tersebut
 Penduduk beratur mendapatkan bekalan makanan ketika lawatan SAMM
 Sempat berkongsi pandangan bersama penduduk setempat banyak cadangan dan idea kerjasama dibincangkan.
 turut melawat beberapa perkampungan komuniti asal yang bakal tenggelam jika projek empangan ini dijalankan
 Projek SCORE yang tidak mengendahkan kemusnahan alam ?
 antara perkampungan yang terlibat
Hisham, Jeney, Philip dan Wisley antara aktivis yang bersama rombongan

Pengalaman berharga bermalam ditengah belantara, makan bersama komuniti asal yang berjuang mempertahankan haknya merupakan pengalaman berharga yang cukup mengajar erti kemanusiaan.

SAMM bersedia bersama mana – mana organisasi untuk sama melakukan misi solidariti selanjutnya sesiapa yang berminat sila email ke [email protected]. Sebarang bentuk sumbangan untuk mereka yang berjuang mempertahankan hak ini juga dialukan.

19 – 23 November ini pejuang pribumi ini akan menghantar rombongan ke Kuala Lumpur untuk membawa isu perjuangan mereka ini dan SAMM akan bersama terus mendokong mereka.

Hentikan pembinaan Empangan Baram !!

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.