Home » All Post, Headlines, SAMM

#BantahASTRO: Hentikan Monopoli Astro!

Submitted by on December 2, 2013 – 1:58 PMNo Comment

PC Bantah Astro

Kenyataan Media
2 Disember 2013

#BantahASTRO: Hentikan Monopoli Astro!

Telah sekian lama rakyat Malaysia terpaksa akur dengan tindakkan sebuah syarikat siaran berbayar Astro yang saban hari menguji kesabaran. Rakyat tidak mempunyai pilihan lain, sekiranya tidak melanggan siaran berbayar, penggunaan antena pada masa kini tidak sesuai kerana kelengkapan television hari ini tidak menyokong isyarat analog malah siaran turut diganggu oleh kekuatan isyarat Astro. Siaran berbayar akhirnya menjadi satu keperluan.

Kenaikkan tarif bil Astro baru-baru ini disifatkan sangat melampau dan pihak Astro tidak layak menaikkan bil tersebut di atas banyak faktor. Dalam masa yang sama, regim pemerintah langsung tidak mempedulikkan rintihan rakyat yang terpaksa mengharungi apa jua ‘songel’ syarikat monopoli Astro. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar Astro tentang kekuatan sebenar pengguna yang bersatu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini melancarkan sebuah gerakan rakyat membantah kenaikkan bil Astro serta membantah beberapa polisi Astro yang dilihat tidak wajar untuk rakyat dan harus dinilai semula. SAMM dengan ini menegaskan;

1. Bahawa Astro tidak layak menaikkan tarif kerana;
· Tayangan filem dan drama yang berulang-ulang, malah turut disiarkan filem yang sama setiap bulan hampir sepanjang tahun.
· Kekerapan iklan dan durasi iklan yang semakin tinggi walaupun ini adalah siaran berbayar, untuk apa disiarkan iklan lagi
· Siaran tergendala akibat hujan, malah rungutan banyak pihak menyatakan siaran tergendala walaupun belum hujan / hujan di kawasan lain.
2. Apakah Astro ini terlalu istimewa sehingga diberi semua lesen hak penyiaran untuk hampir semua acara penting dalam dan luar negara? Contohnya aksi Piala Dunia, Liga Inggeris malah perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia dan kelab ternama. Hanya mereka yang melanggan Astro sahaja dapat menonton. RTM yang mendapat peruntukkan besar secara terus dari kerajaan sepatutnya mampu sekurang-kurangnya menghasilkan satu saluran sukan dengan resolusi definasi tinggi (HD).

3. SAMM menggesa supaya lebih dari satu siaran berbayar dibenarkan ‘berniaga’ di negara ini lantas ia memberi pilihan kepada pelanggan dan menjana persaingan sihat yang menguntungkan rakyat. Sebelum ini, sebuah syarikat Nilamas Corp sedia untuk bersaing sebagai sebuah lagi stesen TV berbayar alternatif. Namun atas dasar monopoli Astro, Nilamas sukar untuk menawarkan perkhidmatan dan program TV yang lebih baik kerana hak exclusive hanya diberikan kepada Astro.

Pada tarikh 2 julai 2011, kerajaan telah berjanji untuk mencari alternatif bagi memecah monopoli Astro namun hingga hari ini masih tiada perkembangan positif. Monopoli Astro adalah satu bentuk penindasan kepada rakyat. Jika dibandingkan dengan negara lain, India mempunyai 6 operator TV berbayar, Indonesia juga punyai 6 operator dan Australia 3 operator. Salah satu syarikat TV berbayar di India menawarkan 155 saluran TV dengan harga serendah RM 9.17, sangat jauh berbeza berbanding di Malaysia. Monopoli Astro ternyata hanya menguntungkan kroni, merugikan rakyat. Lebih malang, perkhidmatannya pula bertaraf longkang.

4. SAMM turut mendesak supaya akta parabola dikaji semula. Jika di Sarawak dibenarkan penggunaan parabola, mengapa tidak di Semenanjung Malaysia? Astro Nusantara yang berpengkalan di Indonesia telah tumbang kerana tiada akta parabola di sana. Ini bermakna, tidak susah untuk menumbangkan Astro di Malaysia.

5. Atas rasa tanggungjawab dan prihatin, SAMM dengan ini melancarkan satu pasukan yang mengumpul segala aduan pelanggan termasuk bantahan terhadap Astro. Sila hantarkan butiran mengikut format dan medium di bawah;

Sila beri <Bantahan/Cadangan> dan hantar ke :-
– Twitter: @bantahastro
– Email: [email protected]
– Hotline (SMS) : 019 – 3 – 937- 937
– Page FB : https://www.facebook.com/pages/Bantah-ASTRO/719270594749737
– Hashtag #BantahASTRO

6. SAMM juga akan hadir ke Parlimen bagi menghantar memorandum bantahan kepada menteri terbabit pada Khamis ini (5 Dis). Pada masa yang sama, SAMM turut akan melancarkan risalah #BantahASTRO, dan mengedarkannya ke seluruh negara bermula di Parlimen Malaysia.

SAMM yakin dan percaya bahawa respon dari kerajaan khususnya Kementerian Penerangan adalah dituntut. Perkara ini harus dipandang serius. Apakah pemerintah di negara ini sering terlupa bahawa kerajaan yang dipilih itu seharusnya menyebelahi rakyat? Pada dasarnya, kerajaan tidak wajar membiarkan Astro menaikkan caj sesuka hati. SAMM yakin jika Astro dikatakan kebal di kalangan pemerintah, tetapi Astro tidak kebal di mata rakyat/pengguna.

Khairool Anuar Al-Megat
Sekretariat #BantahASTRO
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.