Home » All Post, Headlines, Johor, SAMM

Catatan SAMM Johor Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-4

Submitted by on December 11, 2013 – 10:54 AMNo Comment

Catatan SAMM Johor Misi #Save4PantaiTimur Trip ke-4

Selesai sudah tiga trip SAMM ke Pantai Timur merangkumi Kuantan-Kemaman-Maran-Temerloh, kini tiba giliran SAMM Johor menyambung bakti memastikan warga Johor juga tidak terlepas memberi bantuan dan sumbangan.

IMG-20131209-WA0041

Bermula pagi ahad, SAMM Johor membuka pusat pengumpulan barangan bantuan mangsa banjir. Di atas maklumat yang disebar melalui page SAMM Kebangsaan dan page SAMM Johor, orang ramai mula berpusu-pusu menghantar bantuan keperluan untuk mangsa banjir pantai timur.

Pusat Pengumpulan di Johor 2

8 Disember 11am: SAMM Johor membuka kaunter sumbangan di perkarangan menara Aqabah, Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang.

Sumbangan untuk mangsa banjir di johor

8 Disember 2pm: Sumbangan semakin banyak sebagaimana hujan yang turun mencurah-curah

Pusat Pengumpulan di Johor

8 Disember 7.45pm: Barang bantuan dinaikkan ke atas lori 1 tan. Konvoi SAMM Johor dengan kekuatan 14 org komrad, 2 pacuan 4 roda bergerak dari menara Aqabah menuju ke kuantan bermula

Konvoi SAMM Johor tiba di Kuantan

9 Disember 5.45am: Konvoi SAMM Johor sampai di padang MPK Kuatan, berehat dan menunaikan solat subuh

Selesai rehat dan solat Subuh, Konvoi SAMM Johor bergerak ke Madrasah Fathul Ulum, Batu 5 Jalan Gambang pada jam 8 pagi tersebut.

Barang bantuan disusun untuk diagihkan oleh SAMM Johor

9 Disember 9am: Barang mula dipunggah keluar, disusun untuk diagihkan. Ketika yang sama, Jemaah madrasah membantu memangil penduduk berdekatan untuk datang ke perkarangan madrasah untuk mengambil bantuan.

Bantuan diberikan kepada penduduk Kuantan oleh SAMM Johor

9 Disember 10am: Barang-barang keperluan mangsa banjir mula diagihkan oleh SAMM Johor. Suasana meriah dan terpancar wajah-wajah kegembiraan.

Wajah kegembiraan ini menjadikan setiap komrad SAMM Johor terharu dan turut merasai betapa bebanan yang besar dihadapi itu sedikit terubat.

SAMM Johor adalah penggerak anak muda, menjadi nadi rakyat dalam memastikan golongan rakyat yang susah ditimpa bencana terus dibantu tanpa apa-apa protokol dan juga tanpa mengira warna kulit serta fahaman.

Bezanya gerakan anak muda ini ialah, kami menyampaikan sumbangan secara terus kepada orang ramai, tanpa menunggu kehadiran pemimpin VIP. Malah, kami juga tidak perlu menunggu untuk bahan bantuan ini di’cop’ dengan apa-apa lambang termasuk lambang dacing. Pada dasarnya, kita dalam misi kemanusiaan, bukan misi berkempen.

9 Disember 12tghari: Sumbangan selesai diagihkan kepada orang ramai dan Konvoi SAMM Johor memulakan perjalanan pulang.

InshaAllah SAMM Johor akan turut menyertai #OpsBersih SAMM Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 13-15 Disember ini.

SAMM Johor Bantu Kemanusiaan

SAMM turut menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas

Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia ( 555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908

Sekian

Mohd Azrol Ab Rahani

Penyelaras Bersama SAMM Johor

 

Perkembangan #OpsBERSIH SAMM sila klik di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Kelantan di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah di sini

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.