Home » All Post, Headlines

MASGENUINE I BERHAD (pemaju hartanah bumiputera) kerjasama dengan SAMM untuk OPS BERSIH

Submitted by on December 10, 2013 – 6:36 AMNo Comment

water jet

KENYATAAN MEDIA
9 Disember 2013

MASGENUINE I BERHAD (pemaju hartanah bumiputera) kerjasama dengan SAMM untuk OPS BERSIH

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah membuat 4 siri penghantaran bantuan kawasan bencana khususnya Kuantan dan Kemaman. Bantuan adalah dari sumbangan perbagai pihak. Di beberapa kawasan malah SAMM telah menjadi pasukan sukarelawan pertama sampai memberikan bantuan.

Untuk mengelakkan masalah birokrasi maka sukarelawan SAMM sendiri telah memastikan semua bahan sumbangan terus sampai ke tangan mangsa benca alam terbabit.

Kini banjir telah mula surut di kebanyakan tempat dan ramai keluarga mangsa telah mula pulang ke rumah untuk itu SAMM telah mengesan keperluan penting ialah menghantar pasukan sukarelawan bagi membersihkan rumah. Maka SAMM telah melancarkan pasukan OPS BERSIH yang telah memulakan khidmat mereka sejak 8 Disember 2013 lagi.

Satu operasi besar – besaran menggerakkan sukarelawan SAMM seluruh semenanjung Malaysia memberi bantuan kepada SAMM Terengganu dan SAMM Pahang pada 13 – 15 Disember ini bagi membantu kerja – kerja membersihkan rumah mangsa.

SAMM mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang yang menyumbang dalam perbagai bentuk bagi menjayakan misi bantuan sejak dari awal. Terbaru sebuah syarikat pemaju hartanah bumiputera Selangor , Masgenuine I Berhad telah tampil dan bersetuju untuk menjadikan 3 premis operasi syarikat sebagai pusat pengumpulan bantuan khususnya bagi membantu OPS BERSIH hujung minggu ini.

SAMM menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas

Untuk pakaian terpakai pihak kami mengucapkan terima kasih kerana kami telah banyak dan berlaku lambakan.

Semua bahan seperti berikut boleh terus dihantar ke

  • Masgenuine Cawangan Selayang,
    no. 11, Jalan 2/8, Bandar Baru Selayang,
    68100 Batu Caves, Selangor (hadapan Maybank Selayang)
  • Masgenuine Cawangan Hulu Langat,
    No. 70-G, Jalan Lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria,
    43100 Hulu Langat, Selangor
  • Masgenuine cawangan Cheras,
    C-2-4 & C-3-4, No.1, Jalan 3/39A,
    Warisan Cityview, off Batu 2 1/2,
    Jalan Cheras, 56100 K.Lumpur

semua premis di atas beroperasi sebagai pusat pengumpulan bermula 10 pagi – 5 petang dari 10 Disember 2013 – 15 Disember 2013.

SAMM mengucapkan tahniah dan terima kasih atas keperihatinan syarikat korprat seperti Masgenunie (pemaju hartanah bumiputera Selangor) yang sudi tampil bekerjasama dengan gerakan anak muda dalam membantu warga Malaysia yang memerlukan. Semoga langkah syarikat ini mampu menjadi contoh kepada syarikat – syarikat lain.

OPS BERSIH ini juga dengan sokongan YB Puan Rodziah Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Selangor. Satu majlis pelepasan konvoi dan penyerahan bahan bantuan juga akan diadakan di perkarangan Pejabat Masgenuine Cawangan Selayang pada 15 Disember nanti.

Untuk sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus salurkan ke akaun Maybank Solidariti Anak Muda Malaysia ( 555041113224) sekiranya transaksi telah dibuat sila sahkan transaksi ke number 012-6937908

Sekian

Mohd Sani Md Shah
Penyelaras Misi Bantuan Pantai Timur
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar blog.